SHEIKH MUHYIDDIN IBNU ARABI
Islam adalah agama yang sempurna dan indah.Islam adalah agama yang luas dan di dalam kiendahan dsan keluasan islam itu telah melahirkan ribuan tokoh-tokoh ternama dan terbilang yang menguasai bidang ilmu masing-masing .Antara tokoh terbilang yang dilahirkan di dalam dunia islam ialah Imam ibnu Arabi .Imam Ibnu Arabi merupakan tokoh yang unik dan merupakan imam dikalangan para filosuf sufi .Nama penuh Imam ibnu Arabi ialah Muhammmad Bin Ali Bin Muhammad Bin Ahmad Bin Ali Bin Abdullah Bin Hatim, saudara Ady Bin Hatim Ath-Tha’y.Kemudian ia biasa dipanggil dengan nama Abu Bakar , Abu Muhammad dan Abu Abdullah . Nama gelaran yang terkenal ialah Ibnu Arabi Muhyiddin dan Al-Hatamy.Terdapat gelaran lain iaitu Syeikhul Akbar dan Kibritul Ahmar.Imam Ibnu Arabi dilahirkan pada 17 Ramadhan 560 H bersamaan 29 Julai 1165 M di Kota Marsia ,Ibu Kota Andalusia Timur, sebuah kota yang banyak melahirkan tokoh-tokoh ulama , cendiakawan dan penyair besar islam . Dibesarkan di tengah-tengah keluarga sufi ,ayahnya juga tergolong dalam golongan yang zuhud .
Pada tahun 568 H keluarganya berpindah dari Kota Marsia ke Isybilia. Maka di kota baru ini , terjadi satu tranformasi pengetahuan dan keperibadian Imam Ibnu Arabi . Imam bukan sahaja dikenali sebagai ahli tafsir ,hadis , fikah sastera dan falsafah bahkan turut dikagumi di dalam bidang astrologi.
SIFAT-SIFAT TERPUJI
Belum pun genap berumur 20 tahun Imam Ibnu Arabi telah membuatkan semua orang kagum kan kepandaian dan kecerdasannya . Kelas – kelasnya penuh dihadiri dengan penimba ilmu dari pelbagai kalangan . Ia juga turut dihadiri oleh ulama-ulama terkemuka dari berbagai mazhab pemikiran islam . Ini kerana Imam Ibnu Arabi menerapkan kaedah diskusi terbuka ,bebas dalam pembelajaran .Hampir kesemua ilama terkemuka pada zamannya,dari semua golongan islam pernah mengikuti kelasnya dan pernah melakukan debat terbuka dengannya .Disebabkan ketinggian ilmi dan sikap terbukanya yang luar biasa itu, Imam Arabi sangat dihormati oleh semua lapisan masyarakat dari semua golongan pemikiran islam . Meskipun demikian , akibat fitmah yang dilancarkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab ,Imam Ibnu Arabi sehingga dua kali telah diasingkan dari tempat lahirnya , walaupun kemudian dipanggil kembali oleh penguasa dengan penuh takzim dan penghormatan yang lebih tinggi dari sebelumnya .
PENDIDIKAN BERMULA DARI KECIL
Imam Ibnu Arabi belajar al-quran dan qiraat sab’ah daripada beberapa orang guru yang terkenal termasuklah Abu Bakar Bin Muhammad Bin Khalaf Al-Lakhmy , Abdul Qasim Asy-Syarrath dan daripada Ahmad Bin Abi Hamzah . Sementara itu , untuk mendalami bidang fikah dan hadis beliau mempelajarinya menerusi fikah mazhab Ibnu Hazm Adz-Dhahiry dan mazhab Imam Malik melalui beberapa guru seperti Ali Bin Muhammad Ibnul Haq Al Isybili , Ibnu Zarqun Al- Anshary dan Abdul Mun’im Al-Khazrajy .Beliau sangat terkenal dengan sikapnya yang gemar mempelajari ilmu . Tidak hairanlah jika di dalam mana-mana majlis ilmu sekalipun beliau tidak akan ketinggalan membaca kitab . Antara kitab yang gemar dibacanya termasuklah Al – Imta’ Wal Mu’anasah karya Abu Hayyan At-Tauhidy , Kitab Al-Mujalasah karya Dinawari ,Kitab Bahjatul Asrar karya Imam Ibnu Jahadhah , Kitab Al-Mubtada’ karya Ishaq Bin Bisyr, Kitab Dalailun Nubuwwah karya Ibnu Nu’aim kitab sirah karangan Ibnu Hisham dan banyak lagi.
TAREKAT KEPADA ALLAH S.W.T
Sebagaimana diakui dalam kitabnya Al-Futuhatul Makkiyah ia mendalami dunia sufi dari beberapa orang sheikh yang kaya dengan ilmu . Imam Ibnu Arabi telah pergi dari satu tempat ke tempat yang lain , meninggalkan keinginan duniawi dan kenikmatannya . Beliau menemui para tokoh yang benar-benar jujur dan menepati janji ALLAH .Ketika berusia 20 tahun beliau dikenali sebagai seorang yang berperibadi matang dan intelek ketika inilah beliau dinobatkan sebagai ahli sufi .
“ Tarekat sufi ini dibangunkan di atas empat cabang : Bawa’its ( instrument yang membangkitkan jiwa spiritual ) , Dawa’i ( Pendorong rohani jiwa ) dan Akhlak . Manakala pendorong itu ada tiga hak : Hak ALLAH adalah hak untuk disembah oleh hambaNYA dan tidak dimusyiriki sedikit pun . Hak hamba terhadap sesamanya , yakni hak untuk mencegah derita terhadap sesama manusia dan menciptakan kebajikan pada mereka . Dan (terakhir) hak hamba terhadap diri sendiri iaitu menempuh jalan ( tarekat ) yang di dalamnya kebahagiaan dan keselamatannya “ katanya .
Imam Arabi menggunakan mazhab makrifah dan berwushul tauhid . Ubudiyah dan imannya hanya kepada ALLAH Yang Esa dan Maha Kuasa . Beliau menegaskan ALLAH SWT adalah raja agung yang tiada tandingannya .Dialah pencipta dan pengatur , bahkan semua yang wujud menyembahNYA . Seluruh alam semesta wujud kerana kewujudanNYA dan Dia yang berhak disifati sebagai Wujud . Iaitu Wujud Mutlak dengan sendiriNYA tanpa batas . Dia bukan jasad , bukan arah , namun boleh dilihat dengan hati dan mata hati .
Menurutnya hak sesama makhluk ialah mengambil jalan taubat dan mujahadah jiwa serta lari kepadaNYA . Apabila melakukan kesilapan, taubat terus dilaksanakan . Mujahadah diri amat mementingkan rasa takut kepada penciptaNYA , Seluruh alam semesta ini bertasbih sambil menyaksikan kebesaranNYA yang juga merupakan limpahan dari Ilahi . Sementara hak terhadap diri sendiri adalah menjalankan kewajipan terhadapNYA agar sampai pada tingkah laku rohani dengan cara berakhlak yang berlandaskan pada sifat-sifat Al Haq. Semua ini tidak dapat ditempuhi melainkan melalui bimbingan dan pendidikan dari para sheikh yang kamil dan didikan agama yang tinggi .
KONTROVERSI DI SEBALIK KARYA-KARYANYA .
Pandangan-pandangan falsafah tasawwuf Imam Arabi dinilai oleh beberapa pihak , terutama kaum fuqaha’ dan ahli hadis . Ini berikutan teorinya tentang Wahdatul Wujud dianggap bercanggah daripada pendapat mereka . Hal ini disebabkan seluruh dunia menganggap karya Imam Arabi menggunakan bahasa simbolik, sehingga ramai di kalangan orang awam dan cendiakawan yang lain tidak faham akan isi kandungannya .Ramai yang menganggap Imam Arabi murtad dan kufur . Golongan ini termasuklah Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah dan pengikutnya . Tetapi pada akhirnya , Ibnu Taimiyah menerima pandangan Imam Arabi setelah bertemu dengan Taqyuddin Ibnu Athaillah As Sakandari Asy Syadzily di sebuah masjid di cairo yang menjelaskan makna-makna metafora Imam Arabi “ Kalau begitu yang sesat itu adalah pandangan pengikut beliau “ demikian kata Ibnu Taimiyah .
Karya-karya Imam Arabi tidak kurang banyaknya . Menurut penelitian para ulama dan juga orientalis karya Imam Arabi berjumlah sekitar 560 kitab termasuk risalah-risalah kecilnya , mencapai sehingga 2000 judul . Kitab tafsirnya yang terkenal adalah tafsir Al Kabir terdiri 90 jilid. Selain itu , karya yang paling sulit ialah Fushushul Hikam . Secara keseluruhannya , Karya-karyanya sahaja telah mencapai satu juta halaman .
KEMATIANNNYA TIDAK DIDUGA
Di zaman kejatuhannya , beliau sentiasa dikecam hebat oleh masyarakat umum tentang perjuangannya . Penderitaan , penganiayaan dan penindasan dihadapi dengan sabar oleh Imam Arabi . Akhirnya beliau pulang ke rahmatullah akibat termakan racun yang diletakkan di dalam makanannya oleh Al Mu’taz . Kesyahidan tersebut terjadi pada tahun 673 H. Ketika wafat beliau berusia 77 tahun dan dimakamkan di Samara .


No comments:
Post a Comment