Banner Palestine Pictures, Images and Photos

Monday, October 26, 2009

BAHAYA WANG

“ Dirham itu ibarat kala jengking. Jikalau engkau tidak mengetahu jampinya, maka janganlah engkau mengambilnya ! , kerana jikalau ia menyengat engkau nescaya engkau dibunuh oleh racunnya .”
Lalu orang bertanya : Apakah jampinya itu ? Yahya Bin Muaz menjawab “ Mengambilnya dari yang halal dan meletakkannya pada yang benar .”


- Yahya Bin Muaz Ar Razi RH.A

Sunday, October 25, 2009







SHEIKH MUHYIDDIN IBNU ARABI
Islam adalah agama yang sempurna dan indah.Islam adalah agama yang luas dan di dalam kiendahan dsan keluasan islam itu telah melahirkan ribuan tokoh-tokoh ternama dan terbilang yang menguasai bidang ilmu masing-masing .Antara tokoh terbilang yang dilahirkan di dalam dunia islam ialah Imam ibnu Arabi .Imam Ibnu Arabi merupakan tokoh yang unik dan merupakan imam dikalangan para filosuf sufi .Nama penuh Imam ibnu Arabi ialah Muhammmad Bin Ali Bin Muhammad Bin Ahmad Bin Ali Bin Abdullah Bin Hatim, saudara Ady Bin Hatim Ath-Tha’y.Kemudian ia biasa dipanggil dengan nama Abu Bakar , Abu Muhammad dan Abu Abdullah . Nama gelaran yang terkenal ialah Ibnu Arabi Muhyiddin dan Al-Hatamy.Terdapat gelaran lain iaitu Syeikhul Akbar dan Kibritul Ahmar.
Imam Ibnu Arabi dilahirkan pada 17 Ramadhan 560 H bersamaan 29 Julai 1165 M di Kota Marsia ,Ibu Kota Andalusia Timur, sebuah kota yang banyak melahirkan tokoh-tokoh ulama , cendiakawan dan penyair besar islam . Dibesarkan di tengah-tengah keluarga sufi ,ayahnya juga tergolong dalam golongan yang zuhud .
Pada tahun 568 H keluarganya berpindah dari Kota Marsia ke Isybilia. Maka di kota baru ini , terjadi satu tranformasi pengetahuan dan keperibadian Imam Ibnu Arabi . Imam bukan sahaja dikenali sebagai ahli tafsir ,hadis , fikah sastera dan falsafah bahkan turut dikagumi di dalam bidang astrologi.

SIFAT-SIFAT TERPUJI
Belum pun genap berumur 20 tahun Imam Ibnu Arabi telah membuatkan semua orang kagum kan kepandaian dan kecerdasannya . Kelas – kelasnya penuh dihadiri dengan penimba ilmu dari pelbagai kalangan . Ia juga turut dihadiri oleh ulama-ulama terkemuka dari berbagai mazhab pemikiran islam . Ini kerana Imam Ibnu Arabi menerapkan kaedah diskusi terbuka ,bebas dalam pembelajaran .Hampir kesemua ilama terkemuka pada zamannya,dari semua golongan islam pernah mengikuti kelasnya dan pernah melakukan debat terbuka dengannya .
Disebabkan ketinggian ilmi dan sikap terbukanya yang luar biasa itu, Imam Arabi sangat dihormati oleh semua lapisan masyarakat dari semua golongan pemikiran islam . Meskipun demikian , akibat fitmah yang dilancarkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab ,Imam Ibnu Arabi sehingga dua kali telah diasingkan dari tempat lahirnya , walaupun kemudian dipanggil kembali oleh penguasa dengan penuh takzim dan penghormatan yang lebih tinggi dari sebelumnya .


PENDIDIKAN BERMULA DARI KECIL
Imam Ibnu Arabi belajar al-quran dan qiraat sab’ah daripada beberapa orang guru yang terkenal termasuklah Abu Bakar Bin Muhammad Bin Khalaf Al-Lakhmy , Abdul Qasim Asy-Syarrath dan daripada Ahmad Bin Abi Hamzah . Sementara itu , untuk mendalami bidang fikah dan hadis beliau mempelajarinya menerusi fikah mazhab Ibnu Hazm Adz-Dhahiry dan mazhab Imam Malik melalui beberapa guru seperti Ali Bin Muhammad Ibnul Haq Al Isybili , Ibnu Zarqun Al- Anshary dan Abdul Mun’im Al-Khazrajy .
Beliau sangat terkenal dengan sikapnya yang gemar mempelajari ilmu . Tidak hairanlah jika di dalam mana-mana majlis ilmu sekalipun beliau tidak akan ketinggalan membaca kitab . Antara kitab yang gemar dibacanya termasuklah Al – Imta’ Wal Mu’anasah karya Abu Hayyan At-Tauhidy , Kitab Al-Mujalasah karya Dinawari ,Kitab Bahjatul Asrar karya Imam Ibnu Jahadhah , Kitab Al-Mubtada’ karya Ishaq Bin Bisyr, Kitab Dalailun Nubuwwah karya Ibnu Nu’aim kitab sirah karangan Ibnu Hisham dan banyak lagi.

TAREKAT KEPADA ALLAH S.W.T
Sebagaimana diakui dalam kitabnya Al-Futuhatul Makkiyah ia mendalami dunia sufi dari beberapa orang sheikh yang kaya dengan ilmu . Imam Ibnu Arabi telah pergi dari satu tempat ke tempat yang lain , meninggalkan keinginan duniawi dan kenikmatannya . Beliau menemui para tokoh yang benar-benar jujur dan menepati janji ALLAH .
Ketika berusia 20 tahun beliau dikenali sebagai seorang yang berperibadi matang dan intelek ketika inilah beliau dinobatkan sebagai ahli sufi .
“ Tarekat sufi ini dibangunkan di atas empat cabang : Bawa’its ( instrument yang membangkitkan jiwa spiritual ) , Dawa’i ( Pendorong rohani jiwa ) dan Akhlak . Manakala pendorong itu ada tiga hak : Hak ALLAH adalah hak untuk disembah oleh hambaNYA dan tidak dimusyiriki sedikit pun . Hak hamba terhadap sesamanya , yakni hak untuk mencegah derita terhadap sesama manusia dan menciptakan kebajikan pada mereka . Dan (terakhir) hak hamba terhadap diri sendiri iaitu menempuh jalan ( tarekat ) yang di dalamnya kebahagiaan dan keselamatannya “ katanya .
Imam Arabi menggunakan mazhab makrifah dan berwushul tauhid . Ubudiyah dan imannya hanya kepada ALLAH Yang Esa dan Maha Kuasa . Beliau menegaskan ALLAH SWT adalah raja agung yang tiada tandingannya .Dialah pencipta dan pengatur , bahkan semua yang wujud menyembahNYA . Seluruh alam semesta wujud kerana kewujudanNYA dan Dia yang berhak disifati sebagai Wujud . Iaitu Wujud Mutlak dengan sendiriNYA tanpa batas . Dia bukan jasad , bukan arah , namun boleh dilihat dengan hati dan mata hati .
Menurutnya hak sesama makhluk ialah mengambil jalan taubat dan mujahadah jiwa serta lari kepadaNYA . Apabila melakukan kesilapan, taubat terus dilaksanakan . Mujahadah diri amat mementingkan rasa takut kepada penciptaNYA , Seluruh alam semesta ini bertasbih sambil menyaksikan kebesaranNYA yang juga merupakan limpahan dari Ilahi . Sementara hak terhadap diri sendiri adalah menjalankan kewajipan terhadapNYA agar sampai pada tingkah laku rohani dengan cara berakhlak yang berlandaskan pada sifat-sifat Al Haq. Semua ini tidak dapat ditempuhi melainkan melalui bimbingan dan pendidikan dari para sheikh yang kamil dan didikan agama yang tinggi .

KONTROVERSI DI SEBALIK KARYA-KARYANYA .
Pandangan-pandangan falsafah tasawwuf Imam Arabi dinilai oleh beberapa pihak , terutama kaum fuqaha’ dan ahli hadis . Ini berikutan teorinya tentang Wahdatul Wujud dianggap bercanggah daripada pendapat mereka . Hal ini disebabkan seluruh dunia menganggap karya Imam Arabi menggunakan bahasa simbolik, sehingga ramai di kalangan orang awam dan cendiakawan yang lain tidak faham akan isi kandungannya .
Ramai yang menganggap Imam Arabi murtad dan kufur . Golongan ini termasuklah Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah dan pengikutnya . Tetapi pada akhirnya , Ibnu Taimiyah menerima pandangan Imam Arabi setelah bertemu dengan Taqyuddin Ibnu Athaillah As Sakandari Asy Syadzily di sebuah masjid di cairo yang menjelaskan makna-makna metafora Imam Arabi “ Kalau begitu yang sesat itu adalah pandangan pengikut beliau “ demikian kata Ibnu Taimiyah .
Karya-karya Imam Arabi tidak kurang banyaknya . Menurut penelitian para ulama dan juga orientalis karya Imam Arabi berjumlah sekitar 560 kitab termasuk risalah-risalah kecilnya , mencapai sehingga 2000 judul . Kitab tafsirnya yang terkenal adalah tafsir Al Kabir terdiri 90 jilid. Selain itu , karya yang paling sulit ialah Fushushul Hikam . Secara keseluruhannya , Karya-karyanya sahaja telah mencapai satu juta halaman .

KEMATIANNNYA TIDAK DIDUGA
Di zaman kejatuhannya , beliau sentiasa dikecam hebat oleh masyarakat umum tentang perjuangannya . Penderitaan , penganiayaan dan penindasan dihadapi dengan sabar oleh Imam Arabi . Akhirnya beliau pulang ke rahmatullah akibat termakan racun yang diletakkan di dalam makanannya oleh Al Mu’taz . Kesyahidan tersebut terjadi pada tahun 673 H. Ketika wafat beliau berusia 77 tahun dan dimakamkan di Samara .

Friday, October 23, 2009

SEMOGA KEINSAFAN HADIR

SELAMAT MENDENGAR DAN MENGHAYATI


SENARAI PIMPINAN ABIM NEGERI PERLIS BAGI SESSI 2009/2010


SENARAI PIMPINAN ABIM NEGERI PERLIS BAGI SESSI 2009/2010



SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI AL-HABASYI

Nama dan Tempat Lahirnya

Beliau adalah seorang yang alim, al-‘Allamah al-Muhaddis, pakar dalam ilmu fekah, dan kuat berhujah menentang golongan-golongan yang terpesong dari landasan Ahlus Sunnah Wal Jamaah, seorang yang zuhud dan bertaqwa, namanya ialah Abdullah bin Muhammad bin Yusuf bin Abdullah bin Jamei’, berasal dari Harar , berketurunan asy-Syaibi dan al-Abdary beliau juga merupakan Mufti Harar [dilantik menjadi mufti sebelum berumur 18 tahun].

Dilahirkan di bandar Harar pada tahun 1910 bersamaan 1328 Hijrah (beliau lahir lebih awal dari pada tahun yang tercatat, yang tercatat hanyalah yang tertera pada pendaftaran lama).

Pembesaran dan perjalanan hidup beliau

Beliau telah dibesarkan di rumah yang penuh dengan kasih sayang pada ilmu agama. Beliau telah menghafal al Quran ketika berumur 7 tahun. Ayah beliau telah membacakan ke atasnya kitab al Muqaddimah al-Hadhramiah dan kitab al-Mukhtasar as-Saghir dalam ilmu fekah yang mana kitab tersebut amat mashyur di kawasannya.

Kemudian beliau mula menghafaz dari pelbagai matan-matan ilmu agama yang lain, kecenderungannya untuk mendalami ilmu hadis telah membuatkan beliau menghafal kitab-kitab hadis yang enam [سنن ستة] dan selainnya berserta dengan sanad-sanadnya sekali sehinggakan beliau telah diijazahkan meriwayat hadis-hadis nabi ketika beliau kurang dari umur 18 tahun.

Tidak cukup dengan ulama di negaranya bahkan dia telah merantau keseluruh pelusuk Habsyah dan Somalia untuk menuntut ilmu dan mendengarnya daripada ulama setempat, oleh itu Syeikh Abdullah sanggup merintangi kesusahan dan kepayahan bahkan sekiranya dia mendengar ada orang alim disesuatu tempat maka dia akan bersegera pergi kepadanya seperti mana yang dilakukan ulama salafussolih yang terdahulu. Kehebatan, ketajaman fikiran dan kekuatan hafazannya yang hebat selain kemampuannya mendalami ilmu fekah Syafii dan usulnya dan mengetahui sudut khilaf dalam mazhab beliau juga sangat arif pendapat yang terdapat dalam mazhab Maliki, Hanafi dan Hanbali hinggakan beliau akan menjadi tempat rujukan ke mana sahaja beliau pergi, beliau juga diminta untuk mengeluarkan fatwa di bandarnya Harar dan sekitarnya.

Beliau telah mempelajari ilmu fekah Syafii dan ilmu usulnya dan juga ilmu nahu dan kitab-kitab yang lain antaranya seperti Alfiah Zubad, Kitab Tanbih, Minhaj, Alfiah bin Malik, al-Luma’ as-Syirazi dan banyak lagi dari Syeikh Muhammad Abdul Salam al-Harary, Syeikh Muhammad Omar Jamei’ al-Harary, Syeikh Muhammad Rasyad al-Habasyi, Syeikh Ibrahim Abil Gaish al-Harary, Syeikh Yunus al-Habasyi dan Syeikh Muhammad Siraj al-Jabruty.


Manakala dalam ilmu bahasa arab beliau telah mengambilnya daripada Syeikh as-Soleh Ahmad al-Basir, Syeikh Ahmad bin Muhammad al-Habasyi dan ulama-ulama lain. Lagi tiga mazhab fekah yang lain dan usulnya beliau telah ambil daripada Syeikh Muhammad al-Araby al-Fasy dan Syeikh Abdur Rahman al-Habasyi.

Dalam ilmu tafsir beliau telah mengambil dari Syeikh Syarif al-Habasyi di bandarnya iaitu Jimmah.

Beliau telah mempelajari ilmu hadis dari as-Syeikh Abu Bakar Muhammad Siraj al-Jabruty Mufti Habsyah dan Syeikh Abdul Rahman bin Abdillah al-Habasyi.

Beliau mempelajari ilmu Qiraat 14 dari dan ilmu Hadis dari gurunya yang alim iaitu Syeikh al-Muhaddis Ahmad Abdul al-Muttalib al-Jabaruty al-Habasyi , beliau adalah ketua guru kepada ahli-ahli ilmu Qiraat di Masjidil Haram di Mekah dan dari Syeikh Daud al-Jabruty al-Qori, Syeikh al-Muqri Mahmud Faiz ad-Dair Atony ilmu qiraat yang tujuh.

Ketika beliau berada di Mekah beliau sempat berkenalan dan bersahabat dengan ulama-ulama Mekah diantaranya ialah Syeikh al-Alim as-Said Alawi al-Maliki, Syeikh Amin al-Kitbi, Syeikh al-Muhaddis Muhammad Yasin al-Padani [berasal dari Padang, Indonesia], Syeikh Muhammad al-Araby at-Tabban, beliau juga pernah mengambil ijazah amalan zikir Tariqat an Naqsyabadiah dari Syeikh Abdul Ghafur al-Afghani An-Naqsyabandi.
Kemudian beliau telah pergi ke Madinah al-Munawwarah di sana beliau sempat belajar ilmu-ilmu hadis dan membaca hadis-hadis nabi dari Syeikh al-Muhaddis Muhammad bin Ali al-Siddiq al-Bakry al-Hindi al-Hanafi dan syeikh tersebut mengijazahkan ilmu hadis kepada beliau. Di sana juga beliau sempat pergi ke Maktabah Arif Hikmat dan Maktabah al-Mahmudiah dan mengkaji ilmu-ilmu di sana, dan di katakan beliau telah menghafaz hampir kesemua kitab di dalam maktabah-maktabah tersebut. Di Madinah juga beliau sempat bertemu dengan seorang ulama hadis iaitu Syeikh al-Muhaddis Ibrahim al-Khattani anak murid kepada seorang ulama yang masyhur iaitu Syeikh al-Muhaddis Abdul Qadir Syalbi. Adapun ijazah-ijazah ilmu agama yang beliau perolehi dari ulama-ulama memang sangat banyak tetapi tidak disebutkan di sini.

Selepas itu beliau menuju ke Baitul Muqaddis dan seterusnya ke dataran Syam yang dulu terkenal dengan seorang ulama yang sangat alim iaitu al Muhaddis Syeikh Badruddin al-Hasani tetapi beliau sudah lama meninggal dunia sebelum kedatangan Syeikh Abdullah al-Harary ke sana. Di sana Syeikh Abdullah al-Harary menjadi rujukan dalam masalah-masalah agama bahkan beliau mengembara ke desa-desa dan ke bandar-bandar di antara Dimashq, Beirut, Himsh, Hamah, Halab dan bandar-bandar yang lain di seluruh pelusuk bumi Syam, kemudian dia menetap di Jamik al-Khuthat di satu tempat yang bernama Khaimuriah di Dimashq dan menyampaikan ilmu-ilmu Islam yang berguna dan bermanfaat dan mengajarkannya berteraskan Manhaj atau metodologi Ahlus Sunnah Wal Jamaah, para masyaikh, alim ulama Syam merujuk kepada Syeikh Abdullah tentang bermacam-macam masalah sehingga mereka mengatakan bahawa Syeikh Abdullah ini adalah pengganti kepada al Muhaddis Syeikh Badruddin al-Hasani dari segi ilmu. Kemudian beliau digelar sebagai "Al-Muhaddis Ad-Diyar Asy-Syamiyyah".
Syeikh Abdullah telah menerima ijazah tariqat al-Rifaeyyah dari Syeikh Abdul Rahman al-Sabsabi al Hamawy dan dari Syeikh Tohir al-Kayaly al-Humsi. Beliau sempat menerima ijazah tariqat al-Qadiriyah dari Syeikh Ahmad al-Arbiny dan dari Syeikh at-Toyyib ad-Dimasyqi.

Pada tahun 1950 bersamaan dengan 1370 hijrah beliau telah pergi ke Beirut dan di sambut oleh ulama-ulama di sana seperti Syeikh Taufiq al-Hibry. Dan pada tahun 1969 bersamaan 1389 beliau diminta oleh Rector al-Azhar cawangan di Lubnan untuk mengajar ilmu akidah di sana.

Sifatnya

Syeikh Abdullah adalah seorang yang warak, tawadhuk, kuat mengerjakan ibadat, banyak berzikir, sentiasa menggunakan masanya untuk menyampaikan ilmu agama dengan mengajar dan berzikir, seorang yang zuhud sehingga susah untuk melihat beliau dalam satu masa dia tidak menggunakan masanya melainkan menyempurnakan masa tersebut untuk mengajar atau zikir atau membaca atau menyampaikan nasihat. Kuat berpegang dengan Kitab [al-Quran] dan Sunnah, mempunyai ingatan dan kecerdasan akal yang kuat dengan hujah dan dalil yang teguh, sangat adil dalam munghukumkan sesuatu, sentiasa memerangi terhadap siapa sahaja yang melanggar syarak, mempunyai kekuatan dan semangat yang tinggi dalam amal makruf dan nahi munkar hinggakan golongan bidah berhasad dan menfitnahnya, tetapi Allah memberkati amalannya dan memelihara manhaj Ahlus Sunnah hinggakan telah lahir beribu-ribu anak muridnya bertebaran di muka bumi ini dari Negara Arab, Eropah, Afrika, Australia dan juga Asia.

Penulisannya

Syeikh Abdullah al-Harary sebenarnya tidak mempunyai waktu yang mencukupi untuk mengarang banyak kitab kerana beliau amat sibuk dengan pengajaran dan memperbetulkan akidah-akidah manusia, di samping menentang golongan sesat yang mereka cipta perkara baru dalam agama. Walaubagaimanapun dalam kesibukan itu beliau tetap juga menulis pelbagai karangan dan risalah-risalah antaranya ialah :

1. Syarah Alfiah As-Suyuthi.
2. Qosidah Fil I’tiqodi.
3. As-Shirothul Mustaqiim.
4. Ad-Dalilul Qawim ‘Ala As-Shirothil Mustaqiim.
5. Mukhtasar Abdillah Al-Harary Al-kafil Bi ‘Ilmi Ad-Din Ad-Dharury ‘Ala Mazhabi Asy-Syafii.
6. Mukhtasar Abdillah Al-Harary Al-kafil Bi ‘Ilmi Ad-Din Ad-Dharury ‘Ala Mazhabi Al-Imam Malik
7. Mukhtasar Abdillah Al-Harary Al-kafil Bi ‘Ilmi Ad-Din Ad-Dharury ‘Ala Mazhabi Abi Hanifah.
8. Bughyah At-Tholib li Ma’rifatil Ilmi Ad-Deenil Wajib.
9. At-Ta’aqqub Al-Hatsits ‘Ala Man Tho’ana fi Ma Sohha Minal Hadis.
10. Nashratul Ta’aqqubil Hatsits ‘Ala Man Tho’ana Fima Sohha Minal Hadis
11. Ar- Rawa-ihuz Zakiyyah fi Maulidi Khairil Bariyyah.
12. Syarah Aqidah An- Nasafiyyah.
13. Syarah Al-fiyah Al-Zubad fi fiqhi Asy- Syafii.
14. Syarah Matan Abi Syujaa’ Fi Fiqhi Asy Syafii
15. Syarah As-Shirothil Mustaqiim.
16. Syarah Matnil ‘Ashmawiyyah.
17. Syarah Mutammimah Al-Aa jurumiyah fin Nahu.
18. Syarah Al-Baiquniyyah.
19. Shorihul Bayan fi Roddi ‘Ala Man Khalafal Quran.
20. Al-Maqoolaat As-sunniyyah fi Kasyfi Dhalalaat Ahmad bin Taimiyah.
21. Kitab Ad-Durrin Nadhidi Fi Ahkamit Tajwid.
22. Idzhar Al-‘Aqidah As-Sunniyyah bi Syarah al-‘Aqidah At- Thohawiyah.
23. At-Tahzir al-Wajib
24. Mandzumah “Nasihat At-Thullab”.
25. Risalah Fi Buthlan Da’wa Awwaliyyatil An-Nurul Muhammady.
26. Risalah Fi Roddi ‘ala Qaulil ba’dhi Innar Rasula ya’lamu kulla Syai’in ya’lamuhumullah.
27. Ad-Durarul Bahiyyah Fi Halli Alfadz Al-‘Aqidah At-Tahawiyah.
28. Al-Ghaaratul Imaniyyah Fi Roddi Mafasidi At-Tahriryyah.
29. Syarah Mandzumah As-Shibyan fil ‘Arudh
30. Syarah As-Sifat Ats-Salats ‘Asyarata Al-Wajib Lillah
31. Al’Aqidah Al-Munjiyyah
32. Syarah At-Tanbih
33. Syarah Manhaj At-Tullab.
34. Syarah Kitab Sullamit Taufiq ila Mahabbatillah ‘Ala Tahqiqi Lil Syeikh Abdillah Ba’lawi


Kewafatannya

Beliau kembali ke Rahmatullah pada fajar hari selasa 2 Ramadhan 1429 Hijrah bersamaan 2 September 2008 Masihi di rumahnya di Beirut pada usia 105 tahun, disembahyangkan oleh jutaan umat Islam di Masjid Burj Abi Haidar Beirut dan di makamkan berdekatannya.

Beliau adalah ulama yang hebat dan dikenali dengan gelaran Al-Muhaddith (ulama pakar Hadith), Syeikhul Islam dan sebagainya dari gelaran yang mulia. Rahimakallahu Ya Syeikh Abdullah Al-Harari.




Maulana Jalaluddin Ar-Rumi

Maulana Jalaluddin Ar-Rumi muncul pada kurun ke-7 ketika dunia Islam memerlukan
kepada pentajdid ilmu kalam .Banyak penyelewengan berlaku pada waktu tersebut
dan beliau hadir dengan satu karangan syair yang berkisar tentang ilmu kalam dan dikenali sebagai MATHNAWI MAQNAWI.

SAHSIAH

Jalaluddin Muhammad Ar-Rumi dilahirkan pada 6 Rabiul Awwal 604H di
Balkh,Afghanistan ,Ayahnya,Muhammad digelar ‘Bahauddin Walad' merupakan salah
seorang daripada golongan ulamak dan guru terbesar di negerinya serta pada
zamannya,beliau juga digelar sultan para ulamak berketurunan Abu Bakar As-Siddiq;
seorang yang memiliki banyak kelebihan ,kedudukan yang mulia,dan dihormati
semua peringkat umur dan pangkat, mengeluarkan fatwa kepada seluruh pelusuk
negeri sehingga membawa kepada kedengkian para ulamak lain. Mereka berusaha
untuk mengeluarkanya daripada negeri tersebut dengan menabur fitnah dan
menghasut raja sehingga orang ramai menjauhinya. Beliau dihukum keluar daripada
negeri tersebut dan tinggal menetap di Qauniah pada tahun 626 H selama dua tahun
sehingga meninggal dunia pada tahun 628 H .Selepas kematian Muhammad,
Jalaluddin mengambil alih tugas ayah beliau. Gurunya ialah Burhanuddin At-Tirmizi,
salah seorang anak murid ayahnya. ‘Amir' Badruddin iatu ketua negeri tersebut pada
ketika itu telah membina sebuah madrasah baginya sebagai tempat mengajar
berpandukan ajaran ayahnya. Walaupun sibuk dengan tugas mengajar ,Maulana
tetap terus belajar, beliau pergi ke Syam pada tahun 630H dan belajar di Madrasah
Halawiyah, Halab, serta berguru dengan Kamaluddin bin Adim, para ulamak Halab
menyifatkan beliau sebagai seorang yang cerdik dan luas pengetahuan. Dari Halab,
beliau ke Damsyik dan belajar di Madrasah Al- Maqdisiah. Beliau juga mengadakan
beberapa majlis pengajian bersama Sheikh Mahyuddin bin Arabi, Sheikh Saaduddin
Al-Hamwi ,Sheikh Uthman Ar-Rumi, Sheikh Auhaduddin Al-karmani, dan Sheikh
Sodruddin Al-Qaunawi. Setelah itu, beliau kembali ke Qauniah pada tahun 6

BERJUMPA SYAMSUDDIN AT TIBRIZI

Kisah yang menyebabakan kemasyhuran beliau hingga ke hari ini bermula ketika
datang seorang ahli sufi ke Qauniah pada tahun 642 H yang berasal dari Tibriz, Iran,
namanya Muhammad bin Ali bin Malik bin Dad, dikenali sebagai Syam Tibriz. Beliau
keluar pada suatu hari ke satu majlis Jalaluddin, ketika orang ramai sibuk bertanya,
datang Syamsuddin At-Tibriz dengan soalan "apakah maksud ilmu hisab dan sains ?
Jalaluddin menjawab "untuk mendalami adab-adab syariah", berkata Syamsuddin
"Tidak, bahkan untuk sampai kepada apa yang diketahui" seterusnya beliau
membacakan bait syair As-Sanai yang berbunyi "sesungguhnya ilmu: apabila ia tidak
menghalangmu dari dirimu ,maka jahil adalah lebih baik daripadanya". Rentetan
daripada peristiwa tersebut, Syamsuddin dijadikan sebagai gurunya sepanjang masa
sehingga menyebabkan Jalaluddin tidak keluar dari rumah. Para pengikut dan murid
jalaluddin mulai benci terhadap At-Tibrizi kerana menyebabkan Maulana tidak
memberi perhatian terhadap tugas beliau dan mereka tidak dapat belajar seperti
biasa dengan guru mereka; Maulana. Mereka mula memusuhi dan berazam untuk
mengeluarkan At-Tirbizi daripada negeri tersebut. Pada awalnya, Syamsuddin At-
Tibrizi bersabar dengan sikap penduduk di situ sehingga ia mencapai tahap
melampaui batas, oleh kerana bimbang berlaku keburukan dan fitnah, beliau keluar
secara senyap-senyap pada awal Syawal tahun 643H dan menghilangkan diri.
Maulana jalaluddin sangat sedih dengan kehilangan gurunya, beliau menyepikan diri
daripada para pelajar dan muridnya, menjadikan keadaan tidak seperti yang diingini
oleh para pengikutnya daripada pemergian At-Tibrizi At-Tibrizi pernah muncul kembali
tetapi menghilang selepas itu. Jalaluddin sentiasa berusaha mencari gurunya itu
sehingga ke Syam. Beliau bagaikan orang hilang arah dan tujuan akibat kecintaan
yang amat mendalam terhadap gurunya itu.
Apabila mendapati bahawa gurunya Syamsuddin tidak dapat ditemui lagi, beliau
menenangkan diri sendiri dan berkata : "tidak ada perbezaan antara aku dan
Syamsuddin, jika dia matahari, maka aku adalah zarah, jika dia lautan, maka aku
adalah setitis dari laut itu. Cahaya zarah terbit dari matahari dan kehidupan setitis air
bergantung kepada lautan"

AKHLAK

Maulana merupakan seorang yang bersungguh-sungguh, kuat ibadah, dan kurang
tidur. Berkata seorang sahabat beliau (sibah salar):aku tidak pernah melihat Jalaluddin
dalam keadaan berbaju tidur, dan tidak pernah nampak katil serta bantalnya. Apabila
mengantuk ,baliau akan tidur dalam keadaan duduk" Sibah menyifatkanya lagi
sebagai seorang yang sangat khusyuk dalam solat dan sentiasa menangis dalam
sembahyang .Diceritakan bahawa ketika itu adalah musim sejuk dan Qauniah
merupakan kawasan yang sangat sejuk sehingga air mata yang melekat di pipi dan
janggut beliau ketika solat menjadi beku akibat kesejukan yang amat. Beliau juga
seorang yang qanaah dan pemurah,beliau akan membahagikan setiap hadiah dan
pemberian daripada raja-raja dan pembesar -pembesar negara. Baliau akan gembira
ketika lapar kerana merasai pergantungan terhadap Allah.

MENINGGAL DUNIA

Beliau menhembuskan nafas terakhir ketika tenggelam matahari pada 5 Jamadil
Akhir 672H. Pemergian beliau menyebabkan semua bersedih termasuk pengikut
Yahudi dan Nasrani, mereka membaca taurat dan injil sempena kematian beliau.
Apabila hakim negeri tersebut mengetahui akan hal itu, maka dia terus bertanya akan
rahib dan pendeta tentang keanehan mereka bersedih atas jenazah orang Islam,
mereka menjawab; "kerana beliaulah kami kenal hakikat nabi-nabi terdahulu dan
kerana beliau juga kami tahu tentang sejarah wali-wali kesemuanya" jenazah baliau
dibawa pada awal subuh dan sampai di perkuburan pada petang hari serta selamat
dikebumikan pada malam hari.

Tuesday, October 20, 2009

 MAULANA JALALUDDIN AR RUMI


Maulana Jalaluddin Ar Rumi merupakan antara lagenda penyair arab dan juga lagenda penyajak ‘cinta’ yang agung.Maulana di kenali di serata dunia bahkan tamadun barat amat menyanjung karya karya maulana kerana karya maulana yang penuh dengan mistikal dan misteri. Para sarjana barat pun turut mengagungkan karya maulana sehingga karya maulana diterjemahkan ke bahasa mereka.

Donna karan pernah menyelitkan puisinya semasa pertunjukan fesyen bahkan Madonna pernah menggunakan ungkapan rumi dalam lagu Deepak Chopra .Sebuah band di Indonesia menyatakan namanya di kulit album mereka . Siapakah Maulana Jalaluddin Ar Rumi yang sebenarnya.

Bagi warga Malaysia nama Jalaluddin Ar Rumi agak asing kecuali bagi mereka yang mengikuti kesusasteraan dan sejarah dan juga tokoh tokoh agama yang pernah merantau ke tanah arab. Sumbangan maulana amat besar terhadap kehebatan sastera islam dalam sejarah manusia .

Penganut penganut ajarannya berpusing pusing ibarat gasing . sambil berpusing mereka memuji muji akan ALLAH ,Rasul dan orang orang yang dicintai. Penganut penganutnya dikenali sebagai Darwish dan ajarannya disebut sebagai Mahlawi. Golongan Barat menggelarnya “ The Flying Darwish “.

Maulana Jalaluddin Ar Rumi adalah seorang tokoh sufi terkenal dan merupakan anak kelahiran Balkh,Afghanistan .Maulana dilahirkan pada 1207 dalam keluarga yang taat pada islam .Namanya bermaksud cinta dan infiniti manakala rumi ialah Rom ,dimaksudkan tempatnya di Konya ( sekarang dikenali sebagai Negara Turki ) ,tempat bekas jajahan Rom. Maulana Jalaluddin Ar Rumi telah berpindah ke beberapa tempat semasa kecil termasuklah pergi menunaikan haji dan setelah merantau ke seluruh tempat bapanya membawa mereka tinggal di Konya ,Anatolia, Turki.

Pada 1231 maulana mewarisi ilmu dari ayahandanya sebagai professor di dalam bidang sains keagamaan .Maulana telah menjadi sufi mistikal apabila bertemu dengan Shamsuddin Tabrizi dan berguru dengannya serta mendambakan dirinya untuk menimba ilmu dengan gurunya itu. Maulana sangat sedih dengan kematian Shamsuddin Tibrizi yang hilang tanpa kesan dan juga dikatakan dibunuh para pengikut jalaluddin sendiri . Maulana telah meluahkan perasaannya itu dalam muzik ,tarian dan lirik yang puitis contohnya Divani Samsi Tabrizzi ,Mathanawi dan sebuah kitab Fihi Ma Fihi yang ditulis semata mata bertujuan untuk memperkenalkan ajarannya kepada para penganutnya.

Selalu di bandingkan dengan Shakespeare tahap kebijaksaannya , cara meluahkan perasaan dan jenis satira . Mathanawinya juga sering dikaitkan dengan Al Quran . Mungkinkah ada maksud di sebalik sajak sajaknya. Sajak sajak maulana bermaksud akan cinta yang semata demi ALLAH .

“ Kecantikan yang akan kekal ialah kecantikan hati “ katanya. Falsafahnya menjadi pengaruh baik bagi islam di Timur mahupun Kristian di barat . Aspek ‘Cinta ‘nya menjadi subjek utama dan dibicarakan di segenap pelusuk negara di dunia .

“ Cinta bertenaga ke seluruh alam , penyebab dan kesan yang mengharmoni dunia ,” . Maulana yakin dengan mazhab ‘ cinta ‘nya dan telah membawa ahli ahli sufi islam ke satu tahap lain.

Maulana Jalaluddin Ar Rumi menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember 1273 . Malam kematiannya dipanggil Malam Penyatuan ( Shebul Arus atau Night Of Union ) . Sejak dari tarikh tersebut penganut penganut ajaran itu Darwish telah menyambutnya sebagai salah satu malam festival.

Mahlawi seringkali melambangkan cinta yang diwahyukan dan perasaan yang luhur menghadap pencipta .Tarian dan muzik Mahlawi khusus untuk memuji ALLAH yang Esa melalui liriknya .Muzik Mahlawi juga mempunyai elemen muzik klasik turki .

Dalam majlis majlis keraian Mahlawi biasanya di pimpin oleh ketua pemain drum ,Perkusi menjadi permainan teras ,kudums ( Drum Kecil ) dan simbal serta nay ( sejenis seruling ) menjadi penambah melengkapkan lagi muzik Mahlawi. Muzik Darwish tidak boleh ditulis secara nota (muzik ) .Nota (Muzik ) bukan merupakan salah satu daripada jiwa Darwish .

Gerakan tarian Darwish ada maknanya yang tersendiri. Pusingan mereka mengikut paksi yang tersendiri. Bergerak mengikut orbit masing masing dan pakaian mereka putih suci seperti anak yang baru lahir.Mereka mengangkat tangan kana menghala ke syurga untuk mendapatkan keredhaan ilahi. Keredhaan itu, menyeberangi hati mereka dan tangan kiri mereka menunjukkan kebawah bumi.Dengan sebelah kaki mereka tetap di atas tanah ,sementara sebelah lagi menyilang kaki dan seterusnya membawakan kepada satu gerakan tarian .

Makam Maulana Jalaluddin Ar Rumi terletak di Konya ,Kubah Hijau menjadi tempat bersejarah yang dilawati oleh ramai orang di seluruh dunia termasuk para sheikh Naqshabandiah.