Banner Palestine Pictures, Images and Photos

Tuesday, May 3, 2011

JANGAN TERLALU BANYAK MEMUJI GURU

كثرة مدح المريد لشيخه تضر الشيخ والمريد. فالشيخ ليس إلا واسطة مادم يوفق الشريعة، فإذا خالف الشريعة تسقط حرمته. ماذا يفيدنا إن قلنا: شيخي غوث، شيخي قطب ....؟ ولكن الذي يفيدنا أن نقول: شيخي متمسّك بالشريعة متبع لرسول الله صلى الله عليه وسلم.

Yang bermaksud, Terlalu banyak pujian murid kepada gurunya sebenarnya boleh memudharatkan (mendatangkan keburukan kepada) guru dan murid. Guru hanya penyampai selagi mana dia mengikut Syariat, sekiranya dia (guru) melakukan perkara yang bertentangan dengan Syarak maka gugurlah kemuliaannya (tidak layak menjadi guru). Apakah kesan dan faedahnya jika kita kata: Guruku Wali Ghuas atau guruku Wali Qutub…? Tetapi alangkah eloknya kalau kita katakan: Guruku berpegang dengan Syariat, mengikut (Sunnah) Rasulullah SAW.

Dipetik daripada Kitab Sawanih Qalbiyyah, Ahmad Fathullah Jamiy, Dar al-Ghazali, cetakan kedua, 2002
TIDUR ITU MELALAIKAN

النوم غفلة، ولكن نأخذ منه بقدر الحاجة

Yang bermaksud, Tidur itu melalaikan, maka ambillah ia mengikut kadar yang diperlukan sahaja.

 Dipetik daripada Kitab Sawanih Qalbiyyah, Ahmad Fathulluh Jamiy, Dar al-Ghazali, cetakan kedua, 2002
ORANG YANG TIDAK PERNAH MERASAI TIDAK AKAN MEMAHAMI

الذي لم يذق لم يدر، فكيف يعطي القدر والقيمة للصادقين؟
 Yang bermaksud, Orang yang tidak pernah merasai tidak akan mengetahui (memahami). Maka bagaimana mereka boleh meletakkan ketentuan dan penilaian terhadap (perkara yang dilalui)  para Siddiqin?
 Dipetik daripada Kitab Sawanih Qalbiyyah, Ahmad Fathulluh Jamiy, Dar al-Ghazali, cetakan kedua, 2002
REZEKI KITA

قال الحسن البصري: علمت أن رزقي لن يأخذه غيري فاطمئن قلبي

Yang bermaksud: al-Hasan al-Basri berkata: Aku tahu (yakin) bahawa rezekiku (yang dikurniakan oleh Alah) tiada seorang pun boleh mengambilnya daripadaku maka dengan itu hatiku menjadi tenang.
SIMPOSIUM TAREQAT TASAWUF 


Tarekat al-Ahmadiah al-Idrisiah al-Rashidiah al-Dandarawiah, sebuah tarekat yang berdaftar di Jabatan Mufti Negeri Sembilan di bawah Enakmen Tarekat Tasawuf (Negeri Sembilan) 2005, akan mengadakan “SIMPOSIUM TAREQAT TASAWUF” di Madrasah al-Saidiyyah, Surau Kampung Pondok Rasah, Seremban. Simposium ini akan diadakan pada 14 Mei 2011 bermula waktu Maghrib.

Dengan tema “MEMAHAMI TAREQAT TASAWUF, MEMPERKASAKAN PARA IKHWAN, MEMPERTEGUH INSTITUSI TAREQAT” dua orang tokoh ilmuan agama akan diundang untuk membentangkan kertas kerja. Tokoh pertama ialah Y.Bhg Dr. Jahid bin Sidek yang akan membentangkan kertas bertajuk “Prinsip-Prinsip Dalam Tareqat” dan tokoh kedua ialah Y.Bhg Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri yang akan membentangkan kertas yang bertajuk “Tareqat Mengikut Sunnah Rasulullah SAW”.

Sehubungan dengan itu, para muslimin dan muslimat yang berminat adalah dijemput hadir beramai-ramai bagi mengimarahkan lagi majlis tersebut. Untuk maklumat lanjut, bolehlah menghubungi Ustz. Nur Azizah binti Abdul Aziz tel: 019-2416655 atau Ust. Mohd Hasif bin Dato’ Hj Mohd Murtadza tel: 019-2416644.



 
SUMBER :  http://www.muftins.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=357:pengumumansimposium-taqekat-tasawuf&catid=38:pengumuman