Banner Palestine Pictures, Images and Photos

Sunday, May 9, 2010



بسم الله الرحمن الرحيم



SOLAT SUNAT DHUHA


Ruang Waktu Dan Waktu Afdhal
Sesuailah dengan namanya dhuha yang bermaksud pagi. Jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing yakni kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang.


Berkenaan waktu afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang 
( Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi ) . 


Justeru, waktu sedemikian eloklah dilaksanakan solat tersebut, apatah lagi pada saat itu badan memerlukan ‘rehat sebentar’ setelah penat bekerja. Maka disarankan juga sekiranya masa tersebut diisi sekadar empat hingga lima minit dengan sujud menyembah Ilahi sama ada di rumah atau di tempat kerja dengan syarat tidak mengetepikan perkara-perkara atau urusan yang wajib dan utama daripada yang sunat.


Cara Melaksanakannya.
Banyak bahan media cetak yang boleh dirujuk bagi mengetahui cara melakukan solat sunat Dhuha ini merangkumi bacaan-bacaan dalam solat hinggalah dalam sujud dan doa setelah selesai ibadat tersebut.
Cuma secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)
Namun begitu, perkara (bacaan dalam solat) ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang penting, solat tersebut diniatkan dengan betul, syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut. 





Saranan 
Kepada orang yang tidak menghafal surah-surah yang disarankan iaitu surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. Bacaan solat boleh dibaca apa-apa surah yang penting niat kita adalah IKHLAS untuk Allah SWT, bukan kerana berkehendakkan harta dan rezeki yang banyak tetapi salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah… 
Kita rujuk kepada Hadith Qudsi yang mengatakan, Firman Allah, “ Wahai anak-anak adam (sebut-sebutkan) zikirkan akan AKU selepas sembahyang subuh barang sekejap dan selepas sembahyang asar barang sekejap, maka AKU cukupkan engkau apa yang ada diantara dua waktu tersebut maka apabila naik matahari sembahyang dhuha sebanyak lapan rakaat” 
Pada rakaat pertama bacalah ayatul kursi kerana ayutul kursi terlalu banyak keistimewaannya, semasa suruh itu diturunkan beribu-ribu malaikat sebagai perantaranya. Didalamnya juga terkandung KURSI (kerajaan) ALLAH yang sangat besar meliputi 7 lapisan langit dan bumi. Ada 95 buah hadish yang menerangkan akan fadhilat ayutul kursi.
 
Rakaat kedua bacalah surah Al-Ikhlas sebab surah Al-Ikhlas merupakan 1/3 dari Al-Quran. Surah yang cukup besar maknanya sebab mengandungi sifat-sifat Allah yang Esa dan siapa Allah yang sebenar iaitu yang tidak beranak juga tidak diperanakkan dan tidak ada yang serupa denganNYA. Dua surah ini sudah cukup bagi yang tidak menghafal surah yang disarankan.
 
  Berkenaan doa… boleh baca doa mana-mana yang berkaitan tetapi lebih afdal baca doa solat dhuha yang khusus… doa itu sememangnya cukup baik dan sempurna untuk memohon keberkatan rezeki dari ilahi… Manakala bilangan rakaat pula adalah mengikut kemampuan. Bila masa terhad dengan kerja seharian boleh dilakukan dengan 2 rakaat dan bila waktu cuti lakukanlah dua-dua rakaat sehingga 4, 6 atau 8 rakaat dan boleh sehingga 12 rakaat. semua mengikut kemampuan… Amal yang sedikit dan istiqamah (berterusan) adalah lebih baik dari amal yang banyak tetapi jarang-jarang… fikir-fikirkan… semoga dengan membudayakan solat dhuha, kita akan lebih disayangi oleh Allah SWT dan sentiasa di dalam naunganNYA.. amiinnn…
صلى الله على محمد

SUMBER :http://hjarshad.blogspot.com

Friday, May 7, 2010



Kitab Asal          : Haqa’iq Anit Tasawwuf

Oleh                    : Syeikh Abdul Qadir Isa Rahimahullah

Terjemahan      : Ustaz Mustafa Hussain At-Taib


Beliau adalah Syeikh Abdul Qodir bin Abdillah bin Qasim bin Muhammad bin Isa Azizy Al Halaby As Syazily. Nasabnya bersambung kepada Syeikh Umar Al Ba’aj yang masih keturunan Imam Husein r.a (1920M – 1991M). Syeikh hanya meninggalkan sebuah kitab (Haqa’iq Anit Tasawwuf) yang mendapat sambutan yang begitu menggalakkan dari para ulama yang ikhlas, pencari jalan petunjuk, mursyid yang shadiq serta penuntut ilmu.
Kitab ini merangkumi dua jilid. Di bahagian jilid 1 merangkumi 3 bab iaitu Pengertian Tasawuf, Method Amali Dalam Tasawuf dan Jalan Menuju Ilahi. Manakala di bahagian jilid 2 merangkumi 2 bab iaitu Hasil Tasawuf dan Memperbetulkan Tanggapan Terhadap Tasawuf.


Hai orang yang bertanya kepadaku tentang Rasulullah saw,
bagaimana ia lupa.
Lupa itu dari setiap hati yang lalai dan main-main.
Lupa lubuk hatinya dari segala sesuatu.
Maka ia lupa dari yang selain Allah.


Suhbah memberi kesan kepada akhlak serta perjalanan hidup seseorang.. Jika lihat di zaman kegelapan jahiliah, para sahabat r.a tidak mencapai kedudukan yang terpuji, kecuali setelah mereka bersuhbah dengan Rasulullah saw serta duduk bersama baginda saw. Begitulah juga dengan para tabien, mereka telah mendahului orang lain dalam memilih kemuliaan setelah bertemu dan mengikuti pada sahabat Rasulullah saw.

Dari sudut lain, manusia tidak sunyi daripada penyakit hati.. Melalui diri sendiri, penyakit yang tersembunyi seperti Ujud, Riya’, Nifaq, Hasad, Ego, Sombong, Bakhil dan sebagainya tidak dapat diketahui. Bahkan kadang-2 manusia menyangka bahawa dia adalah manusia yang paling sempurna akhlaknya dan paling teguh agamanya, sedangkan dia sebenarnya adalah orang yang jahil murakkab dan berada dalam kesesatan yang nyata.

Firman Allah swt:

“Katakanlah: Apakah (kamu ingin) Kami khabarkan kepadamu tentang orang yang paling rugi perbuatannya? Iaitu orang-orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan di dunia ini, sedangkan mereka menyangka mereka berbuat sebaik-baik.” QS Al-Kahf:103-104


Seseorang manusia tidak mungkin mampu untuk melihat keaiban wajahnya sendiri, kecuali dengan cermin yang bersih yang mampu memperlihatkan gambaran sebenar keadaannya. Begitu juga seseorang mukmin, dia semestinya mempunyai saudara mukmin yang ikhlas, jujur dalam memberi nasihat.. Dia berkawan dengannya serta sentiasa mendampinginya, lalu kawan tadi memperlihatkan kepadanya keaiban diri dan memberitahu tentang penyakit-2 hati yang tersembunyi sama ada dgn kata-2 ataupun hal..


Di antara cermin ada yang tidak rata dan bertompok-2 yang akan mengubah kecantikan bentuk wajah. Beginilah keadaan kawan-2 di antara mereka ada yang tidak memperlihatkan kepadamu tentang hakikat dirimu yang sebenar. Dia memujimu sehingga kamu menyangka diri kamu sempurna lalu hatimu dipenuhi dengan Tipu Daya dan Ujud.

Apabila kamu berada dalam satu tempat maka bersahabatlah dengan golongan terpilih (berakhlak tinggi) diantara mereka.
Jangan kamu berkawan dengan orang yang rosak lalu kamu akan rosak binasa bersama mereka.
Tentang seseorang, janganlah kamu bertanya dengan (tuannya) tetapi tanyalah kepada kawannya.
Kerana semua orang yang berkawan pasti mengikut kawannya..

Firman Allah swt:

“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan hendaklah kamu bersama orang-orang yang benar”. QS At-Taubah: 119



Sabda Rasulullah saw:

Diriwayatkan oleh Abu Ya’la, daripada Ibnu Abbas r.a huma katanya: Dikatakan kepada Rasulullah saw: wahai Rasulullah saw! Kawan kami (yang kami duduk bersamanya) yang mana satukah yang paling baik? Jawab Baginda saw: Orang yang apabila kamu melihat kepadanya boleh mengingatkan kamu kepada Allah swt, percakapannya menambahkan ilmumu serta amalannya mengingatkan kamu kepada akhirat.


Abu Hamid Al-Ghazali ra.

Imam Hujjatul Islam Al Ghazali ra berkata: “Menyertai ahli sufi adalah fardhu ain kerana seseorang itu tidak sunyi daripada keaiban dan penyakit, kecuali anbiya alaihimussalam.


Beliau berkata: “Pada mulanya aku mengingkari keadaan orang2 soleh serta kedudukan orang arifin sehinggalah aku bersuhbah dengan Syeikhku iaitu Yusuf An-Nassaj. Beliau sentiasa menggilapku dengan mujahadah sehingga aku memperolehi warid, lalu aku melihat Allah swt di dalam tidur.

Allah berkata kepadaku: “Wahai Abu Hamid! Tinggalkan kesibukan hatimu dan bersuhbahlah dengan kaum yang Aku jadikan mereka di bumiKu sebagai tempat Aku memandang. Mereka adalah orang yang menjual dunia dan akhirat demi cintaKu”.


Aku berkata: “Demi keagunganMu – aku tidak akan mengecapinya – jika Engkau tidak memberikan diriku dengan ketenangan berbaik sangka terhadap mereka”.


Allah berfirman: “Sesungguhnya Aku telah lakukan perkara tersebut. Pemutus di antara kamu dan mereka ialah kesibukanmu mencintai dunia. Maka keluarlah daripadanya dengan pilihanmu sendiri sebelum kamu keluar dalam keadaan terhina. Sesungguhnya telahKu limpahkan cahaya dari samping qudusKu”.

Tiba2 dalam keadaan gembira aku terjaga dari tidur. Selepas itu aku pergi berjumpa dengan Syeikhku, lalu aku ceritakan mimpiku, beliau tersenyum sambil berkata” “Wahai Abu Hamid! Ini adalah bentangan kami yang lahir pada permulaannya, bahkan sekiranya kamu bersuhbah denganku nescaya basirahmu akan memperolehi pertolongan dan bantuan.


SUMBER     :    http://madrasah-hidayah.blogspot.com