Banner Palestine Pictures, Images and Photos

Tuesday, December 21, 2010

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :
“ Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami-isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir "
- Ar-Rum : Ayat 21 

Rasulullah SAW bersabda mafhumnya :
" Manusia Hawa dijadikan daripada rusuk manusia Adam, bukan
dari kepalanya untuk menjadi atasnya, bukan dari kakinya
untuk menjadi alasnya, malah dari sisinya untuk menjadi teman
hidupnya, dekat dengan lengannya untuk dilindungi dan dekat
di hatinya untuk dicintai
MAJLIS WALIMATUL URUS 
MOHD HAFIZ BIN MOHD HANIPA DENGAN PASANGANNYA SITI NORIZA BTE SAMAD
 


ketibaan pengantin dengan volvo lama old school tuu beb...
diiringi pengapit pengantin











Ibu Bapa kedua belah pihak saling bersalaman






















Alunan qasidah Sholawat Ke atas 
Sultanul Anbiyaa'
Cincin Permata Anbiya' Rasulullah SAW oleh Ar Rawi Qasidah Group .






Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Tuesday, October 19, 2010


SELAMAT BERANGKAT SERTA MENUNAIKAN FARDHU HAJI KEPADA JEMAAH HAJI MALAYSIA SEMOGA MENDAPAT HAJI YANG MABRUR 

TUNAIKANLAH IBADAH DENGAN PENUH TAWADHUK 

Thursday, September 9, 2010

Wednesday, June 2, 2010

ISRAEL BANGSA INGKAR YANG LAKNAT.


Pada 31 Mei lepas telah berlaku serangan komando tentera israel laknatullah ke atas sebuah kapal misi bantuan kemanusiaan Mavi Marmara ( Freedom Flotilla ) . Serangan oleh tentera laknatullah tersebut telah membunuh beberapa orang dan mencederakan beberapa orang lagi. Kapal Mavi Marmara yang membawa bantuan misi kemanusiaan ke gaza yang mengandungi ubat-ubatan, makanan, bahan binaan dll. turut serta rakyat malaysia dan juga wartawan dari malaysia dan juga aktivis-aktivis keamanan. 


Semoga mereka yang terkorban tergolong dari mereka yang syahid dan mari sama-sama kita rakyat di seluruh malaysia melakukan solat hajat dan berdoa agar mereka dipelihara oleh ALLAH SWT dan selamat seterusnya menjayakan misi bantuan kepada saudara kita di palestine berjaya dan mencapai matlamat .  




Dunia Arab Bersatu Mengutuk Serangan Israel Ke Atas Konvoi Freedom Flotilla

May 31, 2010
31 Mei – Dunia Arab bersatu untuk mengutuk serangan pasukan Israel terhadap armada kapal Freedom Flotilla yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Setiausaha Agung Liga Arab, Amr Moussa mengecam serangan kejam Israel terhadap misi kemanusiaan yang di cap sebagai tindakan jenayah..
“Kami mengutuk kejahatan ini, menyerang misi kemanusiaan dan para aktivis yang berusaha untuk membantu masyarakat Gaza. Mereka tidak dalam menjalankan misi ketenteraan. Setiap orang harus mengutuk tindakan Israel ini,” kata Moussa kepada AFP.
Setiausaha Agung Liga Arab ini mengatakan bahawa 22 anggota liga Arab sekarang sedang ‘memikirkan’ langkah dan tindakan selanjutnya terhadap Israel.
Perdana Menteri Lubnan, Saad Hariri juga mengutuk serangan yang menyebabkan kematian warga awam oleh tentera Israel tersebut yang ia sebut sebagai tindakan yang berbahaya dan gila, beliau menekankan bahawa tindakan Israel itu hanya akan meningkatkan ketegangan di kawasan itu.
“Lubnan dengan tegas mencela serangan ini dan meminta masyarakat antarabangsa, khususnya negara-negara besar … untuk mengambil tindakan mengakhiri pelanggaran hak asasi manusia yang berlanjutan yang telah dilakukan Israel dan ancaman Israel terhadap perdamaian antabangsa,” dikutip dari AFP.
Ibrahim Mousavi, juru bicara media untuk gerakan perlawanan Hizbullah Lubnan, mengutuk serangan itu dan menyampaikan simpati mereka kepada keluarga para aktivis pro-Palestin yang meninggal dunia dalam insiden tersebut.
Sementara itu di Mesir, gerakan Ikhwanul Muslimin mengecam kekerasan terbaru Israel dan mendesak Presiden Husni Mubarak untuk memutuskan semua hubungan antara Kaherah – Tel Aviv. Gerakan ini juga meminta pemerintah Mesir untuk membuka pintu persempadanan Rafah. 


Sumber   : http://haluanpalestin.haluan.org.my

Sunday, May 9, 2010



بسم الله الرحمن الرحيم



SOLAT SUNAT DHUHA


Ruang Waktu Dan Waktu Afdhal
Sesuailah dengan namanya dhuha yang bermaksud pagi. Jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing yakni kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang.


Berkenaan waktu afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang 
( Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi ) . 


Justeru, waktu sedemikian eloklah dilaksanakan solat tersebut, apatah lagi pada saat itu badan memerlukan ‘rehat sebentar’ setelah penat bekerja. Maka disarankan juga sekiranya masa tersebut diisi sekadar empat hingga lima minit dengan sujud menyembah Ilahi sama ada di rumah atau di tempat kerja dengan syarat tidak mengetepikan perkara-perkara atau urusan yang wajib dan utama daripada yang sunat.


Cara Melaksanakannya.
Banyak bahan media cetak yang boleh dirujuk bagi mengetahui cara melakukan solat sunat Dhuha ini merangkumi bacaan-bacaan dalam solat hinggalah dalam sujud dan doa setelah selesai ibadat tersebut.
Cuma secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)
Namun begitu, perkara (bacaan dalam solat) ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang penting, solat tersebut diniatkan dengan betul, syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut. 





Saranan 
Kepada orang yang tidak menghafal surah-surah yang disarankan iaitu surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. Bacaan solat boleh dibaca apa-apa surah yang penting niat kita adalah IKHLAS untuk Allah SWT, bukan kerana berkehendakkan harta dan rezeki yang banyak tetapi salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah… 
Kita rujuk kepada Hadith Qudsi yang mengatakan, Firman Allah, “ Wahai anak-anak adam (sebut-sebutkan) zikirkan akan AKU selepas sembahyang subuh barang sekejap dan selepas sembahyang asar barang sekejap, maka AKU cukupkan engkau apa yang ada diantara dua waktu tersebut maka apabila naik matahari sembahyang dhuha sebanyak lapan rakaat” 
Pada rakaat pertama bacalah ayatul kursi kerana ayutul kursi terlalu banyak keistimewaannya, semasa suruh itu diturunkan beribu-ribu malaikat sebagai perantaranya. Didalamnya juga terkandung KURSI (kerajaan) ALLAH yang sangat besar meliputi 7 lapisan langit dan bumi. Ada 95 buah hadish yang menerangkan akan fadhilat ayutul kursi.
 
Rakaat kedua bacalah surah Al-Ikhlas sebab surah Al-Ikhlas merupakan 1/3 dari Al-Quran. Surah yang cukup besar maknanya sebab mengandungi sifat-sifat Allah yang Esa dan siapa Allah yang sebenar iaitu yang tidak beranak juga tidak diperanakkan dan tidak ada yang serupa denganNYA. Dua surah ini sudah cukup bagi yang tidak menghafal surah yang disarankan.
 
  Berkenaan doa… boleh baca doa mana-mana yang berkaitan tetapi lebih afdal baca doa solat dhuha yang khusus… doa itu sememangnya cukup baik dan sempurna untuk memohon keberkatan rezeki dari ilahi… Manakala bilangan rakaat pula adalah mengikut kemampuan. Bila masa terhad dengan kerja seharian boleh dilakukan dengan 2 rakaat dan bila waktu cuti lakukanlah dua-dua rakaat sehingga 4, 6 atau 8 rakaat dan boleh sehingga 12 rakaat. semua mengikut kemampuan… Amal yang sedikit dan istiqamah (berterusan) adalah lebih baik dari amal yang banyak tetapi jarang-jarang… fikir-fikirkan… semoga dengan membudayakan solat dhuha, kita akan lebih disayangi oleh Allah SWT dan sentiasa di dalam naunganNYA.. amiinnn…
صلى الله على محمد

SUMBER :http://hjarshad.blogspot.com

Friday, May 7, 2010



Kitab Asal          : Haqa’iq Anit Tasawwuf

Oleh                    : Syeikh Abdul Qadir Isa Rahimahullah

Terjemahan      : Ustaz Mustafa Hussain At-Taib


Beliau adalah Syeikh Abdul Qodir bin Abdillah bin Qasim bin Muhammad bin Isa Azizy Al Halaby As Syazily. Nasabnya bersambung kepada Syeikh Umar Al Ba’aj yang masih keturunan Imam Husein r.a (1920M – 1991M). Syeikh hanya meninggalkan sebuah kitab (Haqa’iq Anit Tasawwuf) yang mendapat sambutan yang begitu menggalakkan dari para ulama yang ikhlas, pencari jalan petunjuk, mursyid yang shadiq serta penuntut ilmu.
Kitab ini merangkumi dua jilid. Di bahagian jilid 1 merangkumi 3 bab iaitu Pengertian Tasawuf, Method Amali Dalam Tasawuf dan Jalan Menuju Ilahi. Manakala di bahagian jilid 2 merangkumi 2 bab iaitu Hasil Tasawuf dan Memperbetulkan Tanggapan Terhadap Tasawuf.


Hai orang yang bertanya kepadaku tentang Rasulullah saw,
bagaimana ia lupa.
Lupa itu dari setiap hati yang lalai dan main-main.
Lupa lubuk hatinya dari segala sesuatu.
Maka ia lupa dari yang selain Allah.


Suhbah memberi kesan kepada akhlak serta perjalanan hidup seseorang.. Jika lihat di zaman kegelapan jahiliah, para sahabat r.a tidak mencapai kedudukan yang terpuji, kecuali setelah mereka bersuhbah dengan Rasulullah saw serta duduk bersama baginda saw. Begitulah juga dengan para tabien, mereka telah mendahului orang lain dalam memilih kemuliaan setelah bertemu dan mengikuti pada sahabat Rasulullah saw.

Dari sudut lain, manusia tidak sunyi daripada penyakit hati.. Melalui diri sendiri, penyakit yang tersembunyi seperti Ujud, Riya’, Nifaq, Hasad, Ego, Sombong, Bakhil dan sebagainya tidak dapat diketahui. Bahkan kadang-2 manusia menyangka bahawa dia adalah manusia yang paling sempurna akhlaknya dan paling teguh agamanya, sedangkan dia sebenarnya adalah orang yang jahil murakkab dan berada dalam kesesatan yang nyata.

Firman Allah swt:

“Katakanlah: Apakah (kamu ingin) Kami khabarkan kepadamu tentang orang yang paling rugi perbuatannya? Iaitu orang-orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan di dunia ini, sedangkan mereka menyangka mereka berbuat sebaik-baik.” QS Al-Kahf:103-104


Seseorang manusia tidak mungkin mampu untuk melihat keaiban wajahnya sendiri, kecuali dengan cermin yang bersih yang mampu memperlihatkan gambaran sebenar keadaannya. Begitu juga seseorang mukmin, dia semestinya mempunyai saudara mukmin yang ikhlas, jujur dalam memberi nasihat.. Dia berkawan dengannya serta sentiasa mendampinginya, lalu kawan tadi memperlihatkan kepadanya keaiban diri dan memberitahu tentang penyakit-2 hati yang tersembunyi sama ada dgn kata-2 ataupun hal..


Di antara cermin ada yang tidak rata dan bertompok-2 yang akan mengubah kecantikan bentuk wajah. Beginilah keadaan kawan-2 di antara mereka ada yang tidak memperlihatkan kepadamu tentang hakikat dirimu yang sebenar. Dia memujimu sehingga kamu menyangka diri kamu sempurna lalu hatimu dipenuhi dengan Tipu Daya dan Ujud.

Apabila kamu berada dalam satu tempat maka bersahabatlah dengan golongan terpilih (berakhlak tinggi) diantara mereka.
Jangan kamu berkawan dengan orang yang rosak lalu kamu akan rosak binasa bersama mereka.
Tentang seseorang, janganlah kamu bertanya dengan (tuannya) tetapi tanyalah kepada kawannya.
Kerana semua orang yang berkawan pasti mengikut kawannya..

Firman Allah swt:

“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan hendaklah kamu bersama orang-orang yang benar”. QS At-Taubah: 119



Sabda Rasulullah saw:

Diriwayatkan oleh Abu Ya’la, daripada Ibnu Abbas r.a huma katanya: Dikatakan kepada Rasulullah saw: wahai Rasulullah saw! Kawan kami (yang kami duduk bersamanya) yang mana satukah yang paling baik? Jawab Baginda saw: Orang yang apabila kamu melihat kepadanya boleh mengingatkan kamu kepada Allah swt, percakapannya menambahkan ilmumu serta amalannya mengingatkan kamu kepada akhirat.


Abu Hamid Al-Ghazali ra.

Imam Hujjatul Islam Al Ghazali ra berkata: “Menyertai ahli sufi adalah fardhu ain kerana seseorang itu tidak sunyi daripada keaiban dan penyakit, kecuali anbiya alaihimussalam.


Beliau berkata: “Pada mulanya aku mengingkari keadaan orang2 soleh serta kedudukan orang arifin sehinggalah aku bersuhbah dengan Syeikhku iaitu Yusuf An-Nassaj. Beliau sentiasa menggilapku dengan mujahadah sehingga aku memperolehi warid, lalu aku melihat Allah swt di dalam tidur.

Allah berkata kepadaku: “Wahai Abu Hamid! Tinggalkan kesibukan hatimu dan bersuhbahlah dengan kaum yang Aku jadikan mereka di bumiKu sebagai tempat Aku memandang. Mereka adalah orang yang menjual dunia dan akhirat demi cintaKu”.


Aku berkata: “Demi keagunganMu – aku tidak akan mengecapinya – jika Engkau tidak memberikan diriku dengan ketenangan berbaik sangka terhadap mereka”.


Allah berfirman: “Sesungguhnya Aku telah lakukan perkara tersebut. Pemutus di antara kamu dan mereka ialah kesibukanmu mencintai dunia. Maka keluarlah daripadanya dengan pilihanmu sendiri sebelum kamu keluar dalam keadaan terhina. Sesungguhnya telahKu limpahkan cahaya dari samping qudusKu”.

Tiba2 dalam keadaan gembira aku terjaga dari tidur. Selepas itu aku pergi berjumpa dengan Syeikhku, lalu aku ceritakan mimpiku, beliau tersenyum sambil berkata” “Wahai Abu Hamid! Ini adalah bentangan kami yang lahir pada permulaannya, bahkan sekiranya kamu bersuhbah denganku nescaya basirahmu akan memperolehi pertolongan dan bantuan.


SUMBER     :    http://madrasah-hidayah.blogspot.com

Wednesday, April 28, 2010


UNTUK JIWA YANG SENTIASA DITARBIYYAH 

Insan Bernama Kekasih

Album : Nur Kasih vol. 2
Munsyid : Unic
http://liriknasyid.com


Debar hatiku membisik rindu
Ingin aku jadikan kau gadis idaman
Adakah mungkin kau kumiliki
Untuk aku katakan insan bernama kekasih

Keayuan yang tergambar lukisan nur iman
Bertemankan keindahan santun perkataan
Bagai putih salju mendinginkan hangat perasaan
Terukir segala resah di jiwa

Ku ucapkan salam ucapan mesra
dan merisik khabar berita
Masihkah ada peluang
Untukku melafaz kesyukuran

Umpama rembulan jatuh ke riba
Mendengar khabaran dariNya
Padaku kau memendam rasa

PadaMu oh tuhan
Ku memohon keredhaan
Nur Kasih yang ku damba
Kekal hingga ke syurga

Hanya satu yang ku pinta kebaikan dariNya
Moga dipeliharakan tulus cinta kita
Agar kukuh ikatan yang murni bahgia selamanya
Dengan lafaz pernikahan yang mulia

Datanglah kasihku dalam dirimu
Menghiasi ruang hatimu
Akan ku sambutnya dengan
Sujud penuh kesyukuran

Ku harap jalinan kan berpanjangan
Selagi kasih yang terbina
Kerana cinta kepadaNya

Kau kusayangi teman sejati
Dikaulah sesungguhnya
Insan bernama Kekasih

SUMBER :  http://www.liriknasyid.com

UNTUK JIWA YANG SENTIASA DITARBIYYAH

Hanya Tuhan Yang Tahu

Album : You And I See
Munsyid : Unic
http://liriknasyid.com


Ku pendamkan perasaan ini
Ku rahsiakan rasa hati ini
Melindungkan kasih yang berputik
Tersembunyi di dasar hati

Ku pohonkan petunjuk Ilahi
Hadirkanlah insan yang sejati
Menemani kesepian ini
Mendamaikan sekeping hati

Oh Tuhanku
Berikanlah ketenangan abadi
Untukku menghadapi
Resahnya hati ini mendambakan kasih
Insan yang ku sayang

Di hati ini
Hanya Tuhan yang tahu
Di hati ini
Aku rindu padamu
Tulus sanubari
Menantikan hadirmu
Hanyalah kau gadis pilihanku

Kerana batasan adat dan syariat
Menguji kekuatan keteguhan iman
insan yang berkasih

Lagu : Manis Helma
Lirik : Manis Alia & Atie






Imam Bukhari rahimahullah berkata di dalam Shahihnya, di kitab ad-Da’awaat:
BAB : Istighfar Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam sehari semalam.
Abul Yaman menuturkan kepada kami. Dia berkata: Syu’aib mengabarkan kepada kami dari az-Zuhr’i. Dia berkata: Abu Salamah bin Abdurrahman mengabarkan kepadaku. Dia berkata: Abu Hurairah -radhiyallahu’anhu- berkata: Aku mendengar Rasulullahshallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Demi Allah, sesungguhnya meminta ampun kepada Allah dan bertaubat kepada-Nya dalam sehari lebih dari tujuh puluh kali.” (Shahih Bukhari cet. Maktabah al-Iman, hal. 1288. Hadits no 6307)
Imam Muslim rahimahullah berkata di dalam Shahihnya, di kitab adz-Dzikr wa ad-Du’aa’ wa at-Taubah wa al-Istighfar:
Abu Bakr bin Abi Syaibah menuturkan kepada kami. Dia berkata: Ghundar menuturkan kepada kami dari Syu’bah dari Amr bin Murrah dari Abu Burdah, dia berkata: Aku mendengar al-Agharr dan dia adalah termasuk sahabat Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallamketika dia menyampaikan hadits kepada Ibnu Umar. Ketika itu dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,“Wahai umat manusia, bertaubatlah kepada Allah. Kerana sesungguhnya aku bertaubat dalam sehari kepada-Nya seratus kali.”(Shahih Muslim yang dicetak bersama syarahnya jilid 8, hal. 293. Hadits no 2702)
Itulah gambaran istigfar Nabi saw. agar di contohi oleh kita kaum Muslimin. Persoalan yang timbul mengapa pesuruh Allah yang maksum ini melakukan sedemikian sedangkan begitu banyak janji kemenangan dan syuga telah Allah kurniakan kepada baginda saw.. Bahkan bukan itu sahaja, jika dilihat dari sudut jihad baginda saw. dalam menegakkan hukum Allah, itu sebenarnya lebih jauh untuk membuktikan kesungguhan dan keikhlasan baginda saw..
An-Nawawi rahimahullah berkata setelah menjelaskan kandungan hadits ini, “Adapun kita -apabila dibandingkan dengan Nabi- maka sesungguhnya kita ini jauh lebih membutuhkan istighfar dan taubat -daripada beliau-…” (Syarh Muslim [8/293]).
Benarlah apa yang dikatakan oleh an-Nawawi, semoga Allah merahmati dan mengampuni kita dan beliau. Kurun baginda saw. adalah kurun yang terbaik yang telah membukan ruang kepada perkembangan Islam hingga ke hari ini. Kurun yang di penuhi dengan generasi yang hidup dengan Al-Quran dan segala lapangan. Tetapi mereka juga tidak lekang daripada senantiasa bertaubat kepada Allah swt..
Imam Bukhari rahimahullah meriwayatkan dengan sanadnya dari Ahmad bin Yunus dari Abu Syihab dari al-A’masy dari ‘Umarah bin ‘Umair dari al-Harits bin Suwaid dari Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu’anhu, beliau berkata, “Sesungguhnya seorang mukmin melihat dosa-dosanya seperti orang yang sedang duduk di bawah kaki bukit dan khawatir kalau-kalau bukit itu akan runtuh menimpanya. Adapun orang yang fajir/pendosa maka dia melihat dosa-dosanya seolah-olah seperti seekor lalat yang hinggap di atas hidungnya lalu dia usir dengan cara begini.” Abu Syihab berkata, “Maksudnya adalah dengan sekedar menggerakkan tangan di atas hidungnya.” … (lihat Shahih Bukhari, hal. 1288)
Marilah kita hidupkan Sunnah/ajaran yang telah banyak ditinggalkan manusia ini, ayyuhal ikhwah -wahai saudaraku- semoga Allah menggolongkan kita di antara hamba-hamba-Nya yang beruntung.
SUMBER    :  http://www.dakwah.info
INDAHNYA SABAR 


Ibrahim al-Khawwash rahimahullah berkata, “Hakekat kesabaran itu adalah teguh di atas al-Kitab dan as-Sunnah.” (al-Minhaj Syarh Shahih Muslim [3/7]). Ibnu ‘Atha’ rahimahullah berkata, “Sabar adalah menyikapi musibah dengan adab/cara yang baik.” (al-Minhaj Syarh Shahih Muslim [3/7]). Abu Ali ad-Daqqaq rahimahullah berkata, “Hakekat dari sabar yaitu tidak memprotes sesuatu yang sudah ditetapkan dalam takdir. Adapun menampakkan musibah yang menimpa selama bukan untuk berkeluh-kesah -kepada makhluk- maka hal itu tidak meniadakan kesabaran.” (al-Minhaj Syarh Shahih Muslim [3/7])



Syaikh Dr. Shalih bin Fauzan al-Fauzan hafizhahullah menjelaskan, “Sabar secara bahasa artinya adalah menahan diri. Allah ta’ala berfirman kepada nabi-Nya (yang artinya), ‘Sabarkanlah dirimu bersama orang-orang yang berdoa kepada Rabb mereka’. Maksudnya adalah tahanlah dirimu untuk tetap bersama mereka. Adapun di dalam istilah syari’at, sabar adalah: menahan diri di atas ketaatan kepada Allah subhanahu wa ta’ala dan untuk meninggalkan kedurhakaan/kemaksiatan kepada-Nya. …” (I’anat al-Mustafid bi Syarhi Kitab at-Tauhid [3/134] software Maktabah asy-Syamilah)
Macam-Macam Sabar
al-Hafizh Ibnu Rajab al-Hanbali rahimahullah berkata, “Sabar yang dipuji ada beberapa macam: [1] sabar di atas ketaatan kepada Allah ‘azza wa jalla, [2] demikian pula sabar dalam menjauhi kemaksiatan kepada Allah ‘azza wa jalla, [3] kemudian sabar dalam menanggung takdir yang terasa menyakitkan. Sabar dalam menjalankan ketaatan dan sabar dalam menjauhi perkara yang diharamkan itu lebih utama daripada sabar dalam menghadapi takdir yang terasa menyakitkan…” (Jami’ al-’Ulum wa al-Hikam, hal. 279)
al-Hafizh Ibnu Hajar rahimahullah berkata, “Sesungguhnya Allah memiliki hak untuk diibadahi oleh hamba di saat tertimpa musibah, sebagaimana ketika dia mendapatkan kenikmatan.” Beliau juga mengatakan, “Maka sabar adalah kewajiban yang selalu melekat kepadanya, dia tidak boleh keluar darinya untuk selama-lamanya. Sabar merupakan penyebab untuk meraih segala kesempurnaan.” (Fath al-Bari [11/344]).
Syaikh as-Sa’di rahimahullah berkata, “Adapun sabar dalam menjalankan ketaatan kepada Allah dan sabar dalam menjauhi kemaksiatan kepada-Nya, maka hal itu sudah jelas bagi setiap orang bahwasanya keduanya merupakan bagian dari keimanan. Bahkan, kedua hal itu merupakan pokok dan cabangnya. Karena pada hakekatnya iman itu secara keseluruhan merupakan kesabaran untuk menetapi apa yang dicintai Allah dan diridhai-Nya serta untuk senantiasa mendekatkan diri kepada-Nya, demikian pula harus sabar dalam menjauhi hal-hal yang diharamkan Allah. Dan juga karena sesungguhnya agama ini berporos pada tiga pokok utama: [1] membenarkan berita dari Allah dan rasul-Nya, [2] menjalankan perintah Allah dan rasul-Nya, dan [3] menjauhi larangan-larangan keduanya…” (al-Qaul as-Sadid fi Maqashid at-Tauhid, hal. 105-106)
Sabar merupakan akhlak para Rasul
Allah ta’ala berfirman (yang artinya), “Sungguh telah didustakan rasul-rasul sebelummu maka mereka pun bersabar menghadapi tindakan pendustaan tersebut, dan mereka pun disakiti sampai datanglah kepada mereka pertolongan Kami.” (QS. al-An’am: 34)
Sabar membuahkan kebahagiaan hidup
Allah ta’ala berfirman (yang artinya), “Demi masa, sesungguhnya seluruh manusia benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman, beramal salih, saling menasehati dalam kebenaran dan saling menasihati untuk menetapi kesabaran.”(QS. al-’Ashr: 1-3)
Umar bin Khatthab radhiyallahu’anhu mengatakan, “Kami berhasil memperoleh penghidupan terbaik kami dengan jalan kesabaran.” (HR. Bukhari secara mu’allaq dengan nada tegas, dimaushulkan oleh Ahmad dalam az-Zuhd dengan sanad sahih, lihat Fath al-Bari [11/342] cet. Dar al-Hadits tahun 1424 H)
Sabar penopang keimanan
Dari Shuhaib radhiyallahu’anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sungguh menakjubkan urusan seorang mukmin. Sesungguhnya semua urusannya adalah baik untuknya. Dan hal itu tidak ada kecuali pada diri seorang mukmin. Apabila dia mendapatkan kesenangan maka dia pun bersyukur, maka hal itu adalah kebaikan untuknya. Apabila dia tertimpa kesulitan maka dia pun bersabar, maka hal itu juga sebuah kebaikan untuknya.” (HR. Muslim [2999] lihat al-Minhaj Syarh Shahih Muslim[9/241])
Ibnu Mas’ud radhiyallahu’anhu mengatakan, “Sabar adalah separuh keimanan.” (HR. Abu Nu’aim dalam al-Hilyah dan al-Baihaqi dalam az-Zuhd, lihat Fath al-Bari [1/62] dan [11/342]). Diriwayatkan bahwa Ali bin Abi Thalib radhiyallahu’anhu mengatakan, “Sabar bagi keimanan laksana kepala dalam tubuh. Apabila kesabaran telah lenyap maka lenyap pulalah keimanan.” (HR. Ibnu Abi Syaibah dalam Mushannafnya [31079] dan al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman [40], bagian awal atsar ini dilemahkan oleh al-Albani dalam Dha’if al-Jami’ [3535], lihat Shahih wa Dha’if al-Jami’ as-Shaghir [17/121] software Maktabah asy-Syamilah).
Sabar penepis fitnah
Dari Abu Malik al-Asy’ari radhiyallahu’anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “…Dan sabar itu adalah cahaya -yang panas-…” (HR. Muslim [223], lihat al-Minhaj Syarh Shahih Muslim [3/6] cet. Dar Ibn al-Haitsam tahun 2003). Ibnul Qayyimrahimahullah mengatakan, “… Fitnah syubhat bisa ditepis dengan keyakinan, sedangkan fitnah syahwat dapat ditepis dengan bersabar. Oleh karena itulah Allah Yang Maha Suci menjadikan kepemimpinan dalam agama tergantung pada kedua perkara ini. Allah berfirman (yang artinya), “Dan Kami menjadikan di antara mereka para pemimpin yang memberikan petunjuk dengan perintah Kami ketika mereka bisa bersabar dan senantiasa meyakini ayat-ayat Kami.” (QS. as-Sajdah: 24). Hal ini menunjukkan bahwasanya dengan bekal sabar dan keyakinan itulah akan bisa dicapai kepemimpinan dalam hal agama. Allah juga memadukan keduanya di dalam firman-Nya (yang artinya), “Mereka saling menasehati dalam kebenaran dan saling menasehati untuk menetapi kesabaran.” (QS. al-’Ashr: 3). Saling menasehati dalam kebenaran merupakan sebab untuk mengatasi fitnah syubhat, sedangkan saling menasehati untuk menetapi kesabaran adalah sebab untuk mengekang fitnah syahwat…” (dikutip dariadh-Dhau’ al-Munir ‘ala at-Tafsir yang disusun oleh Syaikh Ali ash-Shalihi [5/134], lihat juga Ighatsat al-Lahfan hal. 669)
Sabar membuahkan hidayah bagi hati
Allah ta’ala berfirman (yang artinya), “Tidaklah menimpa suatu musibah kecuali dengan izin Allah. Barang siapa yang beriman kepada Allah maka Allah akan berikan petunjuk ke dalam hatinya.” (QS. at-Taghabun: 11)
Ibnu Katsir menukil keterangan al-A’masy dari Abu Dhabyan. Abu Dhabyan berkata, “Dahulu kami duduk-duduk bersama Alqomah, ketika dia membaca ayat ini ‘barang siapa yang beriman kepada Allah maka Allah akan menunjuki hatinya’ dan beliau ditanya tentang maknanya. Maka beliau menjawab, ‘Orang -yang dimaksud dalam ayat ini- adalah seseorang yang tertimpa musibah dan mengetahui bahwasanya musibah itu berasal dari sisi Allah maka dia pun merasa ridha dan pasrah kepada-Nya.” Atsar ini diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dan Ibnu Abi Hatim di dalam tafsir mereka. Sa’id bin Jubair dan Muqatil bin Hayyan ketika menafsirkan ayat itu, “Yaitu -Allah akan menunjuki hatinya- sehingga mampu mengucapkan istirja’ yaitu Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un.” (Tafsir al-Qur’an al-’Azhim [4/391] cet. Dar al-Fikr)
Hikmah dibalik musibah
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Apabila Allah menghendaki hamba-Nya mendapatkan kebaikan maka Allah segerakan baginya hukuman di dunia. Dan apabila Allah menghendaki keburukan untuknya maka Allah akan menahan hukumannya sampai akan disempurnakan balasannya kelak di hari kiamat.” (HR. Tirmidzi, hadits hasan gharib, lihat as-Shahihah[1220])
Di dalam hadits yang agung ini Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memberitakan bahwa ada kalanya Allah ta’ala memberikan musibah kepada hamba-Nya yang beriman dalam rangka membersihkan dirinya dari kotoran-kotoran dosa yang pernah dilakukannya selama hidup. Hal itu supaya nantinya ketika dia berjumpa dengan Allah di akherat maka beban yang dibawanya semakin bertambah ringan. Demikian pula terkadang Allah memberikan musibah kepada sebagian orang akan tetapi bukan karena rasa cinta dan pemuliaan dari-Nya kepada mereka namun dalam rangka menunda hukuman mereka di alam dunia sehingga nanti pada akhirnya di akherat mereka akan menyesal dengan tumpukan dosa yang sedemikian besar dan begitu berat beban yang harus dipikulnya ketika menghadap-Nya. Di saat itulah dia akan merasakan bahwa dirinya memang benar-benar layak menerima siksaan Allah. Allah memberikan karunia kepada siapa saja dengan keutamaan-Nya dan Allah juga memberikan hukuman kepada siapa saja dengan penuh keadilan. Allah tidak perlu ditanya tentang apa yang dilakukan-Nya, namun mereka -para hamba- itulah yang harus dipertanyakan tentang perbuatan dan tingkah polah mereka (diolah dari keterangan Syaikh Muhammad bin Abdul ‘Aziz al-Qor’awi dalam al-Jadid fi Syarhi Kitab at-Tauhid, hal. 275)
Setelah kita mengetahui betapa indahnya sabar, maka sekarang pertanyaannya adalah: sudahkah kita mewujudkan nilai-nilai kesabaran ini dalam kehidupan kita? Sudahkah kita menjadikan sabar sebagai pilar kebahagiaan kita? Sudahkah sabar mewarnai hati, lisan, dan gerak-gerik anggota badan kita?.
SUMBER    :    http://www.dakwah.info