Banner Palestine Pictures, Images and Photos

Wednesday, June 2, 2010

ISRAEL BANGSA INGKAR YANG LAKNAT.


Pada 31 Mei lepas telah berlaku serangan komando tentera israel laknatullah ke atas sebuah kapal misi bantuan kemanusiaan Mavi Marmara ( Freedom Flotilla ) . Serangan oleh tentera laknatullah tersebut telah membunuh beberapa orang dan mencederakan beberapa orang lagi. Kapal Mavi Marmara yang membawa bantuan misi kemanusiaan ke gaza yang mengandungi ubat-ubatan, makanan, bahan binaan dll. turut serta rakyat malaysia dan juga wartawan dari malaysia dan juga aktivis-aktivis keamanan. 


Semoga mereka yang terkorban tergolong dari mereka yang syahid dan mari sama-sama kita rakyat di seluruh malaysia melakukan solat hajat dan berdoa agar mereka dipelihara oleh ALLAH SWT dan selamat seterusnya menjayakan misi bantuan kepada saudara kita di palestine berjaya dan mencapai matlamat .  




Dunia Arab Bersatu Mengutuk Serangan Israel Ke Atas Konvoi Freedom Flotilla

May 31, 2010
31 Mei – Dunia Arab bersatu untuk mengutuk serangan pasukan Israel terhadap armada kapal Freedom Flotilla yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Setiausaha Agung Liga Arab, Amr Moussa mengecam serangan kejam Israel terhadap misi kemanusiaan yang di cap sebagai tindakan jenayah..
“Kami mengutuk kejahatan ini, menyerang misi kemanusiaan dan para aktivis yang berusaha untuk membantu masyarakat Gaza. Mereka tidak dalam menjalankan misi ketenteraan. Setiap orang harus mengutuk tindakan Israel ini,” kata Moussa kepada AFP.
Setiausaha Agung Liga Arab ini mengatakan bahawa 22 anggota liga Arab sekarang sedang ‘memikirkan’ langkah dan tindakan selanjutnya terhadap Israel.
Perdana Menteri Lubnan, Saad Hariri juga mengutuk serangan yang menyebabkan kematian warga awam oleh tentera Israel tersebut yang ia sebut sebagai tindakan yang berbahaya dan gila, beliau menekankan bahawa tindakan Israel itu hanya akan meningkatkan ketegangan di kawasan itu.
“Lubnan dengan tegas mencela serangan ini dan meminta masyarakat antarabangsa, khususnya negara-negara besar … untuk mengambil tindakan mengakhiri pelanggaran hak asasi manusia yang berlanjutan yang telah dilakukan Israel dan ancaman Israel terhadap perdamaian antabangsa,” dikutip dari AFP.
Ibrahim Mousavi, juru bicara media untuk gerakan perlawanan Hizbullah Lubnan, mengutuk serangan itu dan menyampaikan simpati mereka kepada keluarga para aktivis pro-Palestin yang meninggal dunia dalam insiden tersebut.
Sementara itu di Mesir, gerakan Ikhwanul Muslimin mengecam kekerasan terbaru Israel dan mendesak Presiden Husni Mubarak untuk memutuskan semua hubungan antara Kaherah – Tel Aviv. Gerakan ini juga meminta pemerintah Mesir untuk membuka pintu persempadanan Rafah. 


Sumber   : http://haluanpalestin.haluan.org.my