Banner Palestine Pictures, Images and Photos

Tuesday, October 20, 2009

 MAULANA JALALUDDIN AR RUMI


Maulana Jalaluddin Ar Rumi merupakan antara lagenda penyair arab dan juga lagenda penyajak ‘cinta’ yang agung.Maulana di kenali di serata dunia bahkan tamadun barat amat menyanjung karya karya maulana kerana karya maulana yang penuh dengan mistikal dan misteri. Para sarjana barat pun turut mengagungkan karya maulana sehingga karya maulana diterjemahkan ke bahasa mereka.

Donna karan pernah menyelitkan puisinya semasa pertunjukan fesyen bahkan Madonna pernah menggunakan ungkapan rumi dalam lagu Deepak Chopra .Sebuah band di Indonesia menyatakan namanya di kulit album mereka . Siapakah Maulana Jalaluddin Ar Rumi yang sebenarnya.

Bagi warga Malaysia nama Jalaluddin Ar Rumi agak asing kecuali bagi mereka yang mengikuti kesusasteraan dan sejarah dan juga tokoh tokoh agama yang pernah merantau ke tanah arab. Sumbangan maulana amat besar terhadap kehebatan sastera islam dalam sejarah manusia .

Penganut penganut ajarannya berpusing pusing ibarat gasing . sambil berpusing mereka memuji muji akan ALLAH ,Rasul dan orang orang yang dicintai. Penganut penganutnya dikenali sebagai Darwish dan ajarannya disebut sebagai Mahlawi. Golongan Barat menggelarnya “ The Flying Darwish “.

Maulana Jalaluddin Ar Rumi adalah seorang tokoh sufi terkenal dan merupakan anak kelahiran Balkh,Afghanistan .Maulana dilahirkan pada 1207 dalam keluarga yang taat pada islam .Namanya bermaksud cinta dan infiniti manakala rumi ialah Rom ,dimaksudkan tempatnya di Konya ( sekarang dikenali sebagai Negara Turki ) ,tempat bekas jajahan Rom. Maulana Jalaluddin Ar Rumi telah berpindah ke beberapa tempat semasa kecil termasuklah pergi menunaikan haji dan setelah merantau ke seluruh tempat bapanya membawa mereka tinggal di Konya ,Anatolia, Turki.

Pada 1231 maulana mewarisi ilmu dari ayahandanya sebagai professor di dalam bidang sains keagamaan .Maulana telah menjadi sufi mistikal apabila bertemu dengan Shamsuddin Tabrizi dan berguru dengannya serta mendambakan dirinya untuk menimba ilmu dengan gurunya itu. Maulana sangat sedih dengan kematian Shamsuddin Tibrizi yang hilang tanpa kesan dan juga dikatakan dibunuh para pengikut jalaluddin sendiri . Maulana telah meluahkan perasaannya itu dalam muzik ,tarian dan lirik yang puitis contohnya Divani Samsi Tabrizzi ,Mathanawi dan sebuah kitab Fihi Ma Fihi yang ditulis semata mata bertujuan untuk memperkenalkan ajarannya kepada para penganutnya.

Selalu di bandingkan dengan Shakespeare tahap kebijaksaannya , cara meluahkan perasaan dan jenis satira . Mathanawinya juga sering dikaitkan dengan Al Quran . Mungkinkah ada maksud di sebalik sajak sajaknya. Sajak sajak maulana bermaksud akan cinta yang semata demi ALLAH .

“ Kecantikan yang akan kekal ialah kecantikan hati “ katanya. Falsafahnya menjadi pengaruh baik bagi islam di Timur mahupun Kristian di barat . Aspek ‘Cinta ‘nya menjadi subjek utama dan dibicarakan di segenap pelusuk negara di dunia .

“ Cinta bertenaga ke seluruh alam , penyebab dan kesan yang mengharmoni dunia ,” . Maulana yakin dengan mazhab ‘ cinta ‘nya dan telah membawa ahli ahli sufi islam ke satu tahap lain.

Maulana Jalaluddin Ar Rumi menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember 1273 . Malam kematiannya dipanggil Malam Penyatuan ( Shebul Arus atau Night Of Union ) . Sejak dari tarikh tersebut penganut penganut ajaran itu Darwish telah menyambutnya sebagai salah satu malam festival.

Mahlawi seringkali melambangkan cinta yang diwahyukan dan perasaan yang luhur menghadap pencipta .Tarian dan muzik Mahlawi khusus untuk memuji ALLAH yang Esa melalui liriknya .Muzik Mahlawi juga mempunyai elemen muzik klasik turki .

Dalam majlis majlis keraian Mahlawi biasanya di pimpin oleh ketua pemain drum ,Perkusi menjadi permainan teras ,kudums ( Drum Kecil ) dan simbal serta nay ( sejenis seruling ) menjadi penambah melengkapkan lagi muzik Mahlawi. Muzik Darwish tidak boleh ditulis secara nota (muzik ) .Nota (Muzik ) bukan merupakan salah satu daripada jiwa Darwish .

Gerakan tarian Darwish ada maknanya yang tersendiri. Pusingan mereka mengikut paksi yang tersendiri. Bergerak mengikut orbit masing masing dan pakaian mereka putih suci seperti anak yang baru lahir.Mereka mengangkat tangan kana menghala ke syurga untuk mendapatkan keredhaan ilahi. Keredhaan itu, menyeberangi hati mereka dan tangan kiri mereka menunjukkan kebawah bumi.Dengan sebelah kaki mereka tetap di atas tanah ,sementara sebelah lagi menyilang kaki dan seterusnya membawakan kepada satu gerakan tarian .

Makam Maulana Jalaluddin Ar Rumi terletak di Konya ,Kubah Hijau menjadi tempat bersejarah yang dilawati oleh ramai orang di seluruh dunia termasuk para sheikh Naqshabandiah.

No comments:

Post a Comment