Banner Palestine Pictures, Images and Photos

Monday, February 22, 2010


Pada 14-15 Feb baru-baru ini, bumi Terengganu telah menerima kunjungan istimewa seorang ulama Madinah yang merupakan pakar dalam pengkajian bidang ilmu tauhid dan tasawuf. 

Beliau juga adalah murid kepada Syeikh Yasin al-Fadani (Ulama Hadis Alam Melayu yang tersohor sebagai pemegang sanad hadis ulung dunia dan berguru dengan lebih 800 ulama).

Majlis pertama diadakan di Masjid Pasir Minal Kemaman pada 14/2 bermula dengan solat Maghrib berjemaah, alunan qasidah dan ceramah Syeikh Dr Mahmud sekitar permasalahan aqidah dan ummah masakini. Kemudian disusuli di Madrasah Darul Bayan, Paka dan Ribath Al-Hidayah al-Ghazaliyyah Kuala Terengganu.


 
Para jemaah memenuhi setiap ruang di Masjid Pasir Minal, Kemaman
 
 Masjid Pasir Minal, Kemaman
  
Ceramah Syeikh yang diterjemahkan oleh ustaz Rahmat (kiri)
di Ribath Al-Hidayah Al-Ghazaliyyah
 
Sebahagian hadirin yang hadir pada majlis di Ribath Al-Hidayah Al-Ghazaliyyah
 Dari kanan: sdra Amir, ustaz Rahmat (murid Syeikh merangkap penterjemah)
dan ustaz Badrul (Mudir Ribath Syeikh Abd Malik)


 

Friday, February 12, 2010

 

 
Cara-cara mengkhusyukkan solat ini dipetik daripada buku ‘Hidup Bertaqwa’ yang ditulis oleh Al-Ustaz Hj. Ismail Kamus. Marilah kita sama-sama renungkan dan amalkan semoga solat kita diterima olehNya, Insyaallah. Mudah-mudahan solat kita tidak menjadi kain buruk yang dilemparkan ke muka kita akibat tidak khusyuk.

1. Sentiasa melaksanakan solat secara berjemaah.

2. Menjaga makan minum terjamin halalnya.


3. Memperbanyakkan sedekah kepada fakir miskin.


4. Jangan bersolat dengan menangguh untuk membuang air besar atau air kecil dan perkemaskan segala urusan supaya tidak timbul kebimbangan dalam solat.


5. Mengambil wudhu’ dengan sempurna supaya air mengenai semua anggota yang wajib serta mengingati niat atau doa apakala air melalui di tiap-tiap anggota.


6. Memakai pakaian yang bersih dan suci.


7. Tempat sujud dipastikan tiada gambar yang mengganggu fikiran.


8. Mengingati mati dan kemungkinan itu merupakan solat yang terakhir sekali dalam hidup.


9. Menyedari bahawa ia sedang berhadapan dengan Allah yang Maha Agung dan Maha Mengetahui segala rahsia hambaNya.


10. Memenuhkan dada dengan perasaan takut dan rendah diri terhadap Allah yang melihat segala gerak geri kita.


11. Memahami segala bacaan dalam solat termasuk ayat-ayat Quran dan segala zikir.


12. Sebelum mengangkat takbir, membaca surah An-Nas, salawat ke atas Nabi S.A.W., Istighfar dan apa-apa bacaan untuk menjauhkan gangguan syaitan.


13. Memandang ke tempat sujud dan tidak terlalu banyak menggerakkan anggota dan berpaling semasa dalam solat.


14. Memusatkan seluruh ingatan kepada solat.


15. Memanjangkan sedikit tempoh semasa ruku’ dan sujud.


16. Memastikan tidak ada gangguan di dalam kawasan kita bersolat.


17. Jangan memandang ke kiri dan ke kanan.


SUMBER : http://jalansufi.com/

Sifat-sifat Ulama Akhirat   :

Dan bagi alim akhirat ada tanda-tandanya yang dapat dilihat.

Tidaklah ia menuntut dunia, dengan ilmunya akan masalah-masalah agama. 

Bahawa tidaklah berlainan kata-katanya dengan perbuatannya. Dan pada perkara perintah dialah yang mula-mula beramalnya. Dan pada larangan dialah yang mula-mula menghindarinya. Dan adalah ia mementingkan ilmu yang nyata membawa gemar kepada taat. Dan ia menjaga dirinya dari ilmu yang melulu membanyakkan kata-kata yang sia-sia dan yang menghiasi perdebatan. Dan ia menjauhi berpoya-poya tentang makan. Berbagus-bagus pada perabot dan rumahtangga. Dan menjauhkan bersenang-lenang dan berhias-hias dengan pakaian. Dan cenderung ia kepada redho pada apa yang ada (qana'ah). Dan menjauhi diri ia dari menggauli sulthan (pemerintah) , dengan erti tidaklah ia masuk walaupun satu hari kecuali untuk menasihati atau menolak zalim atau memberi pembelaan terhadap apa-apa yang membawa kepada redho Allah. Maka bolehlah masuk. Dan terhadap Fatwa-fatwa, tidaklah ia ceroboh . Dan dikatakannya : {Tanyakanlah hal ini kepada orang yang ahli}. Tidak mau ia berijtihad kalau belum keadaan menentukan harus begitu dan dikatakannya {Saya tidak tau} , bila hal tersebut tidak mudah baginya . Dan bertujuan ia dengan ilmunya untuk mencapai kebahagiaan Akhirat yang besar. Dengan demikian , yang dipentingkannya adalah ilmu batin dan meneliti persoalan hati ,dan keselamatan hatinya dibuat segala macam siasah ( gaya tarbiyah) ................

-Hidayatul Azkiya ila Thoriqotil Awliya - Shaikh Zainuddin al Malibaari.

Sifat-sifat ulama Dunia   :

"Ulamak dunia, Iaitu ulamak yang Jahat. Tujuan mereka dengan ilmunya untuk mendapatkan kesenangan dunia, dan mendapatkan kemegahan dan kedudukan disisi ahli dunia".

- Hidayatul Azkiya ila Thoriqotil Awliya-

Imam al-Ghazali menyebut dalam kitab Bidayatul Hidayah beliau:

Sifat Ulamak dunia atau sifat ulamak suu atau ulamak jahat.

" Dan orang yang ketiga ialah orang yang telah berpengaruh syaitan atasnya. maka dijadikan Ilmunya perantaraan untuk menimbun harta-benda dan berbangga-bangga dengan pengaruh dan jadi mulia dengan sebab banyak pengikut dan menipu ia dengan ilmunya akan segala tipuan, kerana mengharap berhasil segala hajat nya pada dunia. Dalam masa yang sama tersemat dalam hatinya merasa bahwa ia disisi Allah mempunyai kemuliaan dan kedudukan, kerana dia sudah bergaya dengan gaya ulamak , dan berasmi dengan adat ulamak pada uniform , tingkah-laku dan cara berbicara, padahal dia dengan zahir dan batinnya serentak telah melompat kepada dunia belaka.

Maka inilah orang yang termasuk dalam golongan orang yang binasa dan orang kurang akal yang terpedaya. Kerana harapan untuk bertaubat telah putus darinya. Sebab pada sangkaannya dia sudah tergolong dikalangan orang yang baik-baik. Tetapi dia lalai dari memerhatikan firman Allah " Hai orang yang beriman , mengapa kamu katakan suatu perkara padahal kamu tidak lakukannya?". Dan dia sudah termasuk dalam status yang disabdakan Nabi s.a.w " Ada sesuatu yang lebih daku bimbangkan atas kamu lebih dari Dajjal. maka sahabat bertanya " Apakah itu Ya Rasulullah?". Sabdanya "Ulama yang jahat".

Tuesday, February 9, 2010


Di balik cermin mimpi
Aku melihat engkau
Di dalam engkau
Aku melihat aku
Ternyata kita adalah sama
Di arena mimpi yang penuh bermakna

Bila bulan bersatu dengan mentari
Bayang-bayang ku hilang
Di selebungi kerdip nurani
Mencurah kasih, kasih murni
Mencurah kasih

Di balik cermin, cermin mimpi
Adalah realiti yang tidak kita sedari
Hanya keyakinan dapat merestui
Hakikat cinta yang sejati
Hakikat cinta yang sejati

Dengan tersingkapnya tabir siang
Wajah kita jelas terbayang
Dan terpecah cermin mimpi
Menjadi sinar pelangi
Pelangi



 

MAJLIS SILATURRAHIM & MUZAKARAH ULAMA SE-ASIA TENGGARA 9 - 10 MAC 2010 DI MASJID AGUNG BAITUL MAKMUR MEULABOH, ACEH BARAT

Sinopsis:
Majlis Silaturrahim & Muzakarah Ulama� se-Asia Tenggara ini merupakan satu acara yang amat bermakna dalam memperkasakan kekuatan ummah khususnya di Nusantara ini. Cetusan awalnya telah bermula pada Jun 2009 dimana satu mesyuarat antara Sekretariat Aceh & Malaysia telah berlangsung di Jakarta. Hasilnya, kedua-dua pihak bersetuju untuk menjayakan program ini yang melibatkan penyertaan perwakilan Ulama� Nusantara dan juga rombongan daripada Malaysia.

Disamping itu, para peserta turut akan dibawa berziarah ke tempat-tempat bersejarah, kesan-kesan tsunami, makam-makam ulama/auliya� dan lainnya di sekitar Meulaboh dan Banda Aceh.

OBJEKTIF

1. Memperkasakan kekuatan ummah dengan berteraskan kepada Tauhid Tasawuf sebagai Ruh Syariat
2. Menghubungkan silaturrahim berdasarkan sejarah hubungan dan kegemilangan Islam yang silam antara Aceh dan Malaysia
3. Mewujudkan medan perkongsian ilmu, pengalaman dan kepakaran dalam pembangunan Islam dan ummah khususnya di Nusantara

AHAD 7 Mac 2010

Malam : Bertolak ke LCCT KL

ISNIN 8 Mac 2010

10 am : berkumpul di LCCT KL
11.55 : menaiki pesawat ke Banda Aceh
12.20 am (waktu Aceh) : Tiba di Lap. Terbang Iskandar Muda, Banda Aceh. Terus bertolak ke Meulaboh.
5 pm : Tiba di Meulaboh. Check in penginapan.
Malam : Istirehat.

SELASA 9 Mac 2010

9 am : 4 ptg : MAJLIS SILATURRAHIM & MUZAKARAH ULAMA SE-ASIA TENGGARA DI MASJID AGUNG BAITUL MAKMUR, KOTA MEULABOH, ACEH BARAT
9 pm : SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW

RABU 10 Mac 2010

9 am : 4 ptg : MUZAKARAH TERTUTUP ULAMA SE-ASIA TENGGARA (Perwakilan sahaja)
--------------------------------
9 am : 4 ptg : Rombongan mengadakan lawatan ke sekitar Meulaboh
10 pm : Bertolak ke Banda Aceh

KHAMIS 11 Mac 2010

6 am : tiba di Banda Aceh. Check-in penginapan. Rehat dll.
9 am - 5 pm : lawatan sekitar Banda Aceh (tempat tsunami, makam ulama/auliya�, muzium tsunami, pesantren, pusat beli belah dll)
9 pm : Majlis Jamuan dan Dialog bersama wakil Kerajaan Banda Aceh

JUMAAT 12 Mac 2010

Pagi : Aktiviti bebas 10 am : bertolak ke Lap. Terbang Iskandar Muda, Banda Aceh
12.45 pm : menaiki pesawat ke LCCT KL
3.10 pm (waktu Malaysia) - tiba di LCCT

Bersurai

TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN

BUKU BISIKAN SIR (SIRI 2) - Saiz Poket



Saturday, February 6, 2010


Buku Bermulanya Dakwah Cinta.. Kenali IPTAF

MUKADIMAH

IPTAF adalah badan NGO yang ditubuhkan oleh para pencinta tauhid tasawwuf yang berusaha membawa masyarakat kepada Islam melalui pendekatan tarbiyah dan dakwah sufiah.

IPTAF meyakini bahawa hanya dengan kembali kepada Islam dalam bentuk bersepadu yakni AD-DIN (tauhid, feqah, ihsan) [1] tanpa diringankan salah satu diantaranya, akan membawa kepada kekuatan, kejayaan dan kebahagiaan yang hakiki kepada umat manusia.

[1. Dari Saidina Umar Al-Khattab r.a katanya: "Tatkala kami duduk di sisi Rasulullah SAW tiba-tiba datang seorang laki-laki yang berpakaian sangat putih, berambut sangat hitam, tak kelihatan padanya kesan-kesan perjalanan jauh, dan tak seorang pun dari kalangan kami yang mengenalinya hinggalah orang itu duduk di sisi Rasulullah SAW lututnya bertemu lutut Baginda SAW dan kedua tangannya di atas dua paha Nabi SAW dan berkata: 'Ya Muhammad! Terangkan kepadaku tentang ISLAM.' Kata Rasulullah SAW, 'Islam itu ialah mengucapkan 2 kalimah syahadah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan mengerjakan haji jika berkuasa.' Kata orang itu 'Benar katamu'. Kata Saidina Umar ra kami pun hairan, betapa dia bertanya dan dia pula membenarkannya. Orang itu berkata pula: 'Khabarkan kepadaku tentang IMAN'. Kata Nabi SAW, �Iman itu ialah percaya kepada Allah, malaikatNya, kitab-kitabNya, Rasul-RasulNya, hari Qiamat dan ketentuan baiknya dan buruknya daripada Allah'. Kata orang itu, 'Benar katamu'. Orang itu berkata pula: �Khabarkan kepadaku tentang IHSAN'. Kata Nabi SAW, 'Ihsan itu bahawa engkau mengabdikan diri kepada Allah seolah-olah engkau melihatNya, jika engkau tidak melihatNya, Dia tetap melihat engkau'. Orang itu bertanya lagi: 'Khabarkan kepadaku tentang Qiamat'. Kata Nabi SAW, 'Tidaklah yang ditanya lebih tahu daripada yang bertanya'. Orang itu berkata: �Khabarkan kepadaku tanda-tanda Qiamat'. Kata Nabi SAW, 'Tandanya apabila hamba perempuan melahirkan tuannya sendiri dan engkau melihat perlumbaan membina rumah-rumah oleh orang-orang melarat'. Kata Saidina Umar r.a: 'Kemudian pergilah orang itu' dan setelah beberapa lama kemudian Rasulullah SAW berkata kepadaku: 'Tidakkah engkau kenal siapakah yang bertanya itu?' Jawabku 'Allah dan Rasul sahaja yang mengetahui. Kata Rasulullah SAW: "Maka sesungguhnya itulah Jibril a.s datang ia kepada kamu mengajarkan tentang agamamu." (Riwayat Muslim)]

MATLAMAT

Membina masyarakat kepada pengamalan Islam yang syumul berteraskan manhaj Ahlu Sunnah wal Jamaah, bertunjangkan Tauhid Tasawwuf. [2]

[2. i) TAUHID berteraskan aliran Imam Abu Hassan al-Asya'ari & Imam Abu Mansur al-Maturidi.
ii) FEQAH berteraskan kepada Imam Syafi'e dan ulama alirannya serta tiga mazhab yang muktabar iaitu Maliki, Hanafi dan Hambali.
iii) TASAWWUF berteraskan ajaran Imam al-Ghazali, Syaikh Abdul Qadir al-Jailani, Syeikh Abu Hassan Asy-Syazili dan ulama tasawwuf muktabar yang diakui oleh Ahlu Sunnah wal Jamaah. 


DASAR-DASAR DAKWAH

  • Bertitik tolak dengan pembinaan hati kepada Cinta Allah, Cinta Rasul, Cinta Agama dan kasih sayang kepada semua makhluk Allah SWT.
  • Tegas dalam prinsip yang berkaitan aqidah dan amal Islam. Menolak apa jua pegangan dan sistem yang bercanggah dengan prinsip Islam dan aqidah Ahlu Sunnah wal Jamaah.

METODHOLOGI DAKWAH

  • Bersifat terbuka, berlemah lembut, menjauhi sifat menghukum, menghormati khilaf, mencari titik pertemuan, tiada sempadan pada puak, parti politik dan golongan tertentu.
  • Berpegang pada prinsip bahawa Islam adalah agama untuk seluruh makhlukNya yang wajib disampaikan dengan keikhlasan dan kasih sayang, menggunakan bahasa yang baik dan akhlak yang indah. [3]
[Hadith : "Sesungguhnya aku diutuskan hanyalah untuk menyempurnakan akhlak yang mulia." (HR Ahmad, Malik, Hakim, at-Tabrani dan Bukhari dari Abu Hurairah r.a)

DAKWAH BIJAKSANA (bil hikmah)

Umat Islam kini telah hampir hancur aqidah, ibadah, akhlak, ilmu dan kekuatan mereka akibat serangan dan strategi Barat yang menggunakan peperangan pemikiran, ideologi, pendidikan, ekonomi, hiburan, budaya dan politik.

Dalam membangunkan jiwa umat kepada cinta Allah, Cinta Rasul, Cinta Agama dan kasih sayang sesama insan, IPTAF menggunakan apa jua ruang yang ada di sekeliling untuk mencapai matlamat tersebut, sama ada melalui ceramah, kuliah, penulisan, kesenian, budaya, majlis zikir, sukan, ziarah dan lain-lain. Untuk menyelamatkan umat dari terus menuju kehancuran, IPTAF mengambil pendekatan Fiqh Awlawiyyat (keutamaan), Fiqh Sirah, Fiqh Haraki, Fiqh Mu�asyarah (semasa) dan Fiqh Dakwah dalam menyusun dakwah yang berhikmah pada masyarakat, dengan mengambil kira budaya, amalan dan sifat masyarakat bangsa setempat sama ada Melayu, Cina, India atau lainnya.

"Serulah pada jalan Tuhan kamu dengan hikmah (bijaksana) dan peringatan yang baik."
(An-Nahlu: 125)

DAKWAH KESENIAN

Fitrah manusia mahukan hiburan. Barat telah berjaya mengisi fitrah manusia dengan mengeksport segala bentuk hiburan sama ada muzik, lagu, filem dan lainnya, yang kebanyakannya membawa falsafah, idealogi, budaya mereka yang antaranya tanpa disedari banyak membawa kemusnahan kepada masyarakat Islam dari sudut aqidah dan amalan.

Dakwah kesenian adalah suatu metode ahli sufi yang berjaya menawan seluruh Alam Melayu kepada Islam melalui berzanji, qasidah, maulud, pantun, syair, majlis alunan zikir, persembahan lakonan dan lainnya.
Matlamat IPTAF ialah berusaha menyelamatkan anak-anak muda dari kesenian dan muzik Barat kepada kesenian dan muzik Islam yang bertunjangkan kepada Ketuhanan dan kemanusiaan.

Pihak IPTAF berusaha mengadakan hubungan dengan para penggiat seni, artis tempatan dan luaran yang mempunyai kesedaran dan cita-cita yang sama dalam membawa jiwa kepada ketuhanan dan prinsip kemanusiaan sejagat yang suci. Untuk menghancurkan semua racun Barat bukannya mudah, namun jika didiamkan tanpa melakukan apa-apa alternatif juga adalah suatu kesalahan.

Kaedah Fiqh menyatakan : "Jika tiada mampu membuat semua hendaklah jangan ditinggalkan semua."
Kelonggaran pendapat-pendapat ulama dalam hukum muzik diambil atas hukum rukhsah dan maslahat ummah.

Kaedah Fiqh turut menyatakan : "Apabila berhimpun dua darurat, maka mengambil darurat yang ringan adalah lebih utama."
POLITIK

IPTAF mendukung pendapat ulama yang mengambil sistem demokrasi sebagai wasilah dalam membangunkan agama dan kebaikan kepada rakyat. Namun pihak IPTAF menolak sikap melampau dalam kepartian sehingga membawa kepada kebencian, permusuhan sesama saudara Islam, jatuh menjatuh atas jalan nafsu, fitnah menfitnah, aib mengaib yang boleh membawa kepada kehancuran kepada agama, ummah dan negara.


Parti-parti wajar bertanding atas niat memberi kebaikan kepada rakyat dalam pemerintahannya yang berasaskan pemeliharaan Islam, keadilan, amanah, jujur, menjaga kepentingan rakyat, menghormati hak dan pemikiran rakyat, menjauhi perjuangan peribadi, kroni atau kumpulan.

IPTAF bukannya badan kepartian, pendukung IPTAF terdiri dari pelbagai golongan. 

IPTAF tiada dapat memaksa hak kebebasan individu yang mempunyai pandangan dan pendirian sendiri dalam masalah parti, sebaliknya pihak IPTAF hanya menyeru pada pendukung-pendukungnya menyokong mana-mana parti yang dilihat boleh memberi kebaikan pada agama, rakyat dan negara.

Urusan pemerintahan adalah urusan yang besar dimana pemilihan pada calon atau parti adalah tanggungjawab yang akan menjadi persoalan di akhirat. Islam tiada terpisah sedikitpun dengan urusan duniawi dan kehidupan, walau sekecil mana perbuatan itu sekalipun.

Allah SWT berfirman : "Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!" (Al-Zalzalah: 7-8)

Pihak IPTAF tiada berminat untuk menjadi ahli politik dan pemerintah. Kami hanya mahu menumpukan dakwah dan tarbiyah kepada seluruh manusia sama ada di kalangan pihak pemerintah, pegawai kerajaan, jutawan, masyarakat umum, golongan miskin, anak muda yang hilang pedoman, kaum dan bangsa yang pelbagai serta lainnya.

Kami mengambil jalan para ulama seperti Ibnu Umar, Imam Al-Ghazali, Syaikh Abdul Qadir Jailani, Imam Abu Yazid Al-Bustami, Syaikh Junaid Al-Baghdadi, Tok Pulau Manis, Syaikh Duyung, Tokku Paloh dan lain-lain lagi dimana mereka berperanan sebagai payung bagi semua golongan sama ada golongan pemerintah atau rakyat.

Mereka tidak memegang dan berminat dalam jawatan pemerintahan, tetapi mereka mendukung pemerintahan yang benar dengan nasihat yang lembut dan keras, malah menentang dengan tegas kepada pemerintahan yang zalim dan menyeleweng. Mereka adalah penyatu ummah dari pelbagai lapisan masyarakat.


Namun pihak IPTAF menghormati pendirian para ulama atau mereka yang melibatkan diri dengan pemerintahan dimana mereka juga mempunyai hujah-hujah yang benar.

PENDIDIKAN

Sistem pendidikan adalah salah satu punca yang membawa keruntuhan akhlak. Sistem yang tiada bermatlamat melahirkan khalifah Allah yang mentadbir bumi dengan sifat mentauhidkan Allah, merendah diri dan patuh pada Allah dalam kehidupan, membawa bencana pada bumi ini.

Anak-anak dididik untuk hanya mencapai kejayaan dalam peperiksaan dan mendapat pekerjaan demi jaminan diri dan keluarga di masa depan, bukannya pekerjaan diatas ubudiah kepada Allah sebagai khalifah Allah.

Lahir masyarakat yang tiada Tuhan dan Nabi dalam pelajaran, pekerjaan dan kehidupan. Kesannya lahirlah masyarakat yang sombong dan angkuh apabila ada pangkat atau harta, golongan yang berputus asa apabila tiada kejayaan, si miskin melihat si kaya dengan dengki dan permusuhan, si kaya melihat si miskin dengan penuh hina dan takut menghampiri. Si cerdik merasa dirinya pandai dalam segala hal, si bodoh menganggap dirinya lemah dalam segala hal, tiada lagi sifat menghormati dan kasih sayang.

Sistem pendidikan jika tiada diubah, bagaikan pusat penyembelihan akidah umat Islam kerana sistem pendidikan yang berasaskan sekular, tiada membawa hamba ini mengenal Allah dalam ilmu sejarah, sains fizik, sains alam, biologi, kedoktoran, ekonomi, psikologi dan lainnya. Umat Islam diseret dengan pemikiran dan cara hidup Barat sedikit demi sedikit tanpa disedari sehingga tercabutnya Ruh Islami dalam dada melalui sistem pendidikan.

Pergaulan bebas, anak luar nikah, tiada menghormati ibu bapa dan guru, jiwa kasar, budaya melepak, bohsia, bohjan, mat rempit, ketagihan dadah dan lain-lain lagi adalah kesan daripada jiwa yang kosong dengan agama dan matlamat hidup.

Anak-anak Melayu adalah golongan yang mudah terjerumus dalam segala kancah yang bahaya ini kerana agama dan matlamat yang jelas tiada dalam hidup mereka, apatah lagi merasa selesa bahawa mereka adalah tuan bagi Negara ini. Bangsa lain seperti Cina dan India, walaupun mereka tiada pegangan agama yang bertauhidkan Allah, tetapi matlamat mengumpul kekayaan dan menyedari bahawa mereka kaum minoriti menyebabkan mereka tidak membenarkan diri berada pada zon selesa, mereka berusaha keras agar masa depan mereka dan kaum keluarga mereka terjamin.

Pendidikan wajib diubah dengan matlamat yang jelas bagi anak-anak Islam, ditanam kesedaran sebagai khalifah Allah, mencintai Negara dan mensyukuri nikmat sebagai pentadbir di bumi ini.

Penubuhan sekolah atau pusat pendidikan yang menuju ke arah penggabungan aspek agama dan kemahiran dunia yang didirikan oleh kerajaan atau swasta seperti Kospint, Imtiaz, Institut Al-Quran Terengganu dan lainnya adalah suatu usaha yang wajar disokong oleh semua pihak, walaupun masih terdapat beberapa kekurangan yang perlu dibaiki. IPTAF akan memberi dukungan dan bersedia memberi kerjasama kepada usaha-usaha yang memberi kebaikan kepada agama, generasi dan negara.

MENOLAK SIFAT JUMUD, PERMUSUHAN & HALANGAN DALAM DAKWAH

IPTAF menolak pemikiran jumud dalam dakwah sehingga dakwah menjadi terhalang dari bergerak bebas dalam menyampaikan kalimah Allah dengan pelbagai cara dan tempat.

Pihak IPTAF telah diserang dari beberapa pihak yang dangkal dalam dakwah apabila mengadakan program Majjlis kesenian Islam di Taman Tamadun Islam (TTI), Pulau Wan Man, K. Terengganu dengan mengatakan bersengkongkol dengan kerajaan di atas tempat yang menyeleweng duit rakyat.

IPTAF berpendirian tiada akan redha dengan projek-projek yang membazir dan ada unsur penyelewengan, namun IPTAF tidak mengambil sikap memusuhi tempat apalagi jika tempat yang dibina adalah dari duit rakyat. Maka kewajiban kita memanfaatkan tempat tersebut untuk kebaikan kerana ia adalah hak kita, duit kita yang kalau dibiarkan akan membawa lebih pembaziran dengan program yang tiada manfaat pada agama.
IPTAF amat bersetuju dengan pihak pengurusan TTI kini yang amat bertegas dalam pengurusan dimana mereka tidak membenarkan apa jua program yang bercanggah dengan Islam walaupun banyak pihak dari pelbagai golongan sama ada Islam atau bukan Islam memohon mengadakan program di situ dengan bayaran sewa yang tinggi.

IPTAF bergerak menggunakan metode dakwah sufiah yang tiada menjadi musuh sesiapa. IPTAF bukan parti politik yang mengajak kepada permusuhan untuk kepentingan parti, sebaliknya IPTAF menyeru semua golongan kepada cinta Allah, Rasul dan sesama makhluk.

Jika ada pihak hari ini dituduh zalim dan tidak Islamik, maka tugas IPTAF mengadakan hubungan baik untuk membetulkan segala kepincangan dan kesalahan pihak tersebut, bukannya dengan menjauhkan diri dan membina tembok permusuhan.

Firman Allah SWT kepada Nabi Musa (a.s) : "Wahai Musa, pergilah kamu kepada Firaun, sesungguhnya dia telah melampau batas (dalam kekufurannya), dan berkatalah kepadanya dengan lemah lembut, semoga ia beringat atau takut." (Thaha: 43-44)

Dalam ayat ini, Allah SWT memerintahkan Nabi Musa (a.s) supaya menghampiri Firaun dengan lemah lembut dalam menyeru dia kembali kepada Allah.

Dakwah Rasulullah SAW adalah dakwah kasih sayang, mengajak kepada Allah dengan penuh kebijaksanaan dan keindahan akhlak. Berduyun-duyun kabilah-kabilah Arab memeluk Islam bukannya dengan pedang tetapi melalui akhlak Islam yang ditunjuk oleh Rasulullah SAW dan para sahabat-sahabat r.a. Walaupun kaum Thaif menzalimi Rasulullah SAW sehingga malaikat meminta untuk menghancurkan mereka, namun ditolak oleh Baginda dengan mengatakan �Aku diutuskan bukan untuk menghancurkan tetapi untuk rahmat sekelian alam.�

Nabi SAW tidak pernah memulau sesiapa dan memusuhi sesiapa, tetapi Nabi yang dipulau dan dimusuhi oleh para musuh yang benci pada Islam. Namun hari ini ada segelintir yang mengaku mengikut Nabi tetapi memulau golongan yang hendak diseru dengan melarang mengadakan hubungan yang baik dengan mereka, malah mengajak kepada sikap kebencian dan permusuhan yang tidak pernah diajar oleh Nabi SAW.
Walaupun Abu Sufian, pemerintah tertinggi Quraish Mekah melakukan pelbagai kezaliman dan permusuhan kepada Baginda SAW, tetapi Baginda tetap menghormati dan menunjukkan akhlak yang tinggi kepadanya sehingga apabila Baginda mahu menyerang Mekah, Baginda mengatakan �Jika mereka berdiam di rumah Abu Sufian, mereka akan selamat.� Ketinggian akhlak Baginda inilah yang telah membawa Abu Sufian memeluk Islam.

IPTAF berpegang pada akhlak Rasulullah SAW dalam dakwah walaupun ada mereka yang menentang kerana bercanggah dengan pegangan mereka. IPTAF tetap menghormati apa jua pegangan dan sikap mana-mana kumpulan jika di sana terdapat dalil daripada nas dan sunnah untuk membenarkan sikap mereka. Begitu juga mereka juga wajib menghormati IPTAF yang juga mempunyai nas dan sunnah dalam setiap pergerakan dakwahnya.

Berpegang bahawa apa jua pendapat mereka sahaja yang betul adalah melambangkan kejahilan ilmu dalam melihat keluasan fiqh Islami, kesombongan dan tidak memahami adab berkhilaf dalam Islam.

IPTAF tetap akan mengadakan program dimana-mana tempat bumi Allah ini walaupun tempat itu adalah kawasan yang penuh maksiat sekalipun dalam menyampaikan kalimah Allah. IPTAF tidak akan memulau malah menghampiri dan �menyerang�. Dakwah bukannya sekadar bergerak dan berlegar pada masjid, atau kawasan kita atau tempat yang ada barakah, tetapi ke semua tempat selagi diizinkan, berlainan dengan mahu bersolat, berkhalwah, berzikir dan lainnya, ia memerlukan tempat barakah yang didirikan diatas takwa.


IPTAF mengambil sikap akan bersama dengan sesiapa sahaja sama ada dari pihak kerajaan, swasta, parti politik, badan dakwah, individu dalam menjayakan program yang membawa kebaikan kepada agama, rakyat atau negara dan bersikap tegas tidak akan berkompromi dan menentang apa jua perkara program atau perancangan yang boleh membawa kepada kerosakan agama, ketidak-adilan bagi rakyat dan kemusnahan negara.

EKONOMI

Teras kepada sistem ekonomi kini masih terdapat ciri-ciri sistem kapitalis. Sistem riba masih berleluasa dalam apa jua bentuk pinjaman sehingga kepada pinjaman pendidikan anak-anak. Apa yang menyedihkan sistem kewangan konvensional yang berteraskan riba masih didukung oleh umat Islam dengan tiada merasai berdosa dan takut dengan ancaman Allah SWT.

Firman Allah SWT : �Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kerasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat), sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba, padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba..� (Al-Baqarah: 275)

IPTAF mengambil sikap menyokong dengan usaha-usaha kerajaan dan swasta mendirikan sistem perbankan Islam, koperasi Islam, Takaful Islam dan lainnya dalam usaha memperkenalkan sistem kewangan Islam yang bebas daripada unsur riba. Tetapi dalam masa yang sama, IPTAF menolak jika sekadar mengambil jenama Islam namun mengelirukan dari sudut perlaksanaannya. Pihak IPTAF berusaha menyeru pada umat Islam dengan dakwah dan tarbiyah agar mereka meninggalkan apa jua sistem yang ada unsur riba dan kembali kepada sistem kewangan Islam walaupun masih terdapat unsur kelemahan dalam perlaksanaannya.

Mengambil kaedah Fiqh :"Jika tiada mampu membuat semua hendaklah jangan ditinggalkan semua."

MEMBAIKI BUKAN MENGHUKUM

Ramai alim ulama kini yang berpendirian keras dan mengambil sikap warak dalam hukum-hukum yang berkaitan dengan keperluan semasa, pengharaman hiburan, tv, radio, sekolah, universiti, teknologi yang dianggap dari Barat dan lainnya. IPTAF menghormati diatas sikap warak yakni berhati-hati dalam agama, namun sebagai badan dakwah, pihak IPTAF melihat sikap tersebut bukan penyelesaian masalah ummah keseluruhan, ia hanya penyelesaian kepada indvidu dan keluarga mereka sahaja.

Masyarakat akan terus rosak kerana masyarakat di sekeliling tiada mampu untuk beramal dengan kewarakan mereka. Penyelesaian secara dakwah dan hikmah perlu dikaji agar umat yang sudah terlarut ini tiada terus dirosakkan dengan program-program yang tiada manfaat.

Para penggiat seni yang menguasai badan penyiaran perlu dihampiri dalam membentuk kesedaran kepada agama. Filem-filem dan hiburan yang baik sama ada dari dalam negeri dan di luar perlu disebarkan sama ada melalui vcd/dvd, audio visual, multimedia, penyiaran atau lainnya.

IPTAF tiada memusuhi teknologi tetapi memusuhi segala siaran yang tiada membawa kebaikan. Maka siaran perlu dibaiki. Asyikkan rakyat dengan hiburan Islam agar mereka tidak terlena dengan hiburan yang merosakkan. Kita tak mampu merubah semuanya tetapi tidak mengambil sikap terus membiarkannya.

Mengambil kaedah Fiqh :"Jika tiada mampu membuat semua hendaklah jangan ditinggalkan semua."
Usaha berterusan akan dijalankan, kejayaan adalah dalam kuasa Allah yang boleh melakukan dengan �Kun Fa Yakun�.

3 ASAS PENTING PENDIDIKAN IPTAF

(I) HATI YANG BERZIKIR

IPTAF menyeru pada sekalian manusia kepada menghidupkan hati dengan zikrullah hingga mencapai maqam �IHSAN�. Ihsan adalah hakikat zikir yang membawa seorang itu mencapai hakikat ketauhidan sehingga jiwa menjadi tenang sebagaimana firman Allah SWT:
"Ketahuilah dengan �zikrullah� itu, tenang tenteramlah hati manusia." (Ar-Ra�d: 28)
Maqam "Ihsan" juga akan membawa kepada amal yang khusyuk dan akhlak yang mulia.

(II) NAFAS YANG BERSYUKUR

IPTAF juga menyeru kepada nafas yang bersyukur dengan apa yang dikurniakan oleh Allah dalam apa jua keadaan. Firman Allah: �Sesungguhnya Allah benar-benar mempunyai kurnia yang dilimpahkan atas manusia, akan tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur.� (Al-Mu�min: 61)

Dengan syukur hamba itu mendapat ketenangan kerana mendidik nafsu agar redha dengan ketentuan Allah tanpa meninggalkan usaha dan ikhtiar. Sesungguhnya pilihan Allah adalah lebih baik dari pilihan hambaNya. Walaupun pada aqalnya ia melihat bahawa pilihannya yang baik, namun Allah mempunyai rahsia yang tiada dapat diketahui oleh hambaNya dalam setiap takdirNya. Berpeganglah bahawa Allah itu bersifat �Alim, Adil dan penuh kasih sayang kepada sekalian makhlukNya.

(III) TANGAN YANG MAHABBAH

IPTAF menghulurkan tangan kepada mahabbah (kasih sayang) dan bersedia memberi bantuan kepada semua golongan mengikut kemampuan yang dikurniakan. Firman Allah: �Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal...� (Al-Hujurat: 13)
IPTAF juga mengutamakan perdamaian daripada permusuhan, sesuai dengan firman Allah: �Dan jika mereka condong kepada perdamaian, maka condonglah kepadanya dan bertawakkallah kepada Allah..� (Al-Anfal: 61)

KEAHLIAN IPTAF

IPTAF bukan satu badan yang mencari ahli menjadi anggotanya. IPTAF hanya mahu membawa manusia kepada cinta Allah, cinta Rasul, cinta agama dan kasih sayang seluruh makhluk Allah SWT. Untuk menjadi ahli IPTAF, tiada borang diperlukan, tetapi hanyalah dengan menerima seruan kami, mencintai dan mendukung perjuangan kami untuk memastikan bumi Allah ini khususnya Terengganu kembali kepada cahaya agama yang suci, sama ada dalam sistem pemerintahan dan akhlak rakyat keseluruhannya, di kalangan individu, rumahtangga dan masyarakat.

KEYAKINAN DAN HARAPAN

IPTAF yakin dan percaya bahawa kehidupan ini, sama ada individu, keluarga, masyarakat dan negara hanya mendapat rahmat Allah apabila hanya Dia yang dicintai. Dan untuk mendapat cinta Allah, tiada lain melainkan mendapat cinta Rasulullah SAW terlebih dahulu. Dan tiada jalan lain untuk mendapat cinta Rasul melainkan mencintai apa yang diperintahkan dan meninggalkan segala yang dilarang Rasul baik dari sudut akidah, ibadah, akhlak, keluarga dan pemerintahan.

Justeru itu dakwah IPTAF menyeru masyarakat kepada mendapat cinta Allah melalui cinta Rasul. Impian IPTAF ialah ingin melihat lahirnya dalam negeri tercinta ini masyarakat yang saling hormat-menghormati dan cinta-mencintai. Para ulama memberi nasihat pada pemerintah dan membimbing rakyat jelata dengan ilmu, dakwah dan tarbiyah. Manakala pemerintah menerima nasihat dengan melaksanakan syariat Allah dalam pemerintahannya dengan penuh keadilan dan sifat amanah.

Si kaya membantu si miskin kerana takut di akhirat nanti mereka akan diazab dengan harta mereka, sehingga berada beribu-ribu tahun di Padang Mahsyar menunggu pengadilan. Si miskin pula tidak berharap pada bantuan orang lain pada setiap masa kerana bergantung hati bulat pada Allah, dan mereka berusaha untuk berdikari dengan kekuatan yang diberi oleh Allah. Ini kerana mereka takut dengan ancaman Allah bahawa daging wajah mereka akan luruh di akhirat jika dalam kehidupan di dunia ini, setiap masa mereka meminta-minta pada makhluk.

Anak-anak muda pula kembali kepada aqidah dan memenuhi masjid, lagu-lagu yang berkumandang hanya memuji Allah, Rasul dan menyeru kepada kebaikan sesama manusia. Filem-filem yang ditayangkan membawa unsur-unsur kebaikan dan pengetahuan. Kekayaan khazanah bumi kurniaan Tuhan dibahagikan sama rata hingga dapat dikecapi oleh semua rakyat. Rakyat mempunyai ilmu yang baik, sistem kuffar yang merosakkan tiada lagi diterima oleh masyarakat. Para auliya, ulama, pendakwah, ahli abid, ahli takwa dihormati dan dimuliakan.

Hilang segala ketakutan dan aman dari segala jenayah. Anak-anak menghormati ibu bapa, para isteri memuliakan suami dan suami benar-benar menyayangi dan memimpin keluarga kepada agama. Anak-anak yatim dipelihara dan ibu-ibu tunggal dibantu. Kaum wanita menutup auratnya. Tiada lagi perpecahan qariah di kampung-kampung, hidup tolong menolong dan berkasih sayang walaupun ada perbezaan pendapat dalam beberapa perkara.

Ahli-ahli politik tiada mementingkan diri dan kroni, perbezaan pendapat tiada membawa permusuhan dan kebencian yang melampau, malahan mereka boleh duduk semeja dalam perkara yang memberi kebaikan pada rakyat, dan menasihati atau membangkang dalam perkara yang tiada kebaikan atau penyelewengan. Para pengikut tidak taksub melulu sehingga wujudnya perpecahan hati dan pergaulan.
Semua ini dilakukan di atas mencari cinta Allah dan Rasul. Sesungguhnya apabila negeri itu telah dipenuhi kebaikan dan barakah, nescaya akan melimpah ruahlah kenikmatan dan kekayaan kurniaan Allah kepada penduduknya.

Firman Allah SWT:
"Jikalau sekiranya penduduk negeri itu beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkat dari langit dan bumi�" (Al-�Araaf: 96)

PENUTUP

Akhir kalam, IPTAF bersedia menerima teguran dan nasihat yang memberi kebaikan serta akan terus berusaha memperbaikinya ke arah yang lebih mantap agar impian IPTAF ini bukan sahaja mendapat dukungan seluruh masyarakat, malah mereka turut memberi kerjasama dalam menjayakan program-program yang dijalankan.

Kewujudan IPTAF bukan memberi ancaman kepada sesiapa atau apa jua kumpulan, IPTAF hanya mahu menyeru kepada cinta Allah, cinta Rasul, cinta Agama dan berkasih sayang dengan seluruh makhluk. Mereka yang terasa terancam ialah yang merasakan nanti mereka akan terpinggir, bukannya mereka bimbang dengan amalan agama yang semakin terpinggir. Mereka adalah pejuang peribadi atau pejuang kumpulan, bukannya pejuang agama.

Marilah kepada satu matlamat dalam usaha dakwah iaitu mencari �REDHA ALLAH�. IPTAF akan terus bergerak dengan segala usaha dengan tiada peduli apa jua kejian dan halangan. IPTAF tiada akan mampu memuaskan semua golongan kerana perbezaan pendapat sudah menjadi sifat fitrah manusia.

Pihak IPTAF juga mengambil sikap tidak akan menjawab kritikan yang tidak disandarkan kepada asas yang kuat dan hujah berdasarkan Al-Quran dan Sunnah. Malahan segala kritikan yang terbit dari nafsu, dengki dan permusuhan, maka IPTAF akan menjawab dengan perkataan �SALAMAN!�

"... dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab berkata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan 'selamat' (dari perkara yang tidak diingini)." (al-Furqan: 63)
WaLlahu �alam.

© Copyright 2010 IPTAF

VCD TERBARU OLEH TUAN GURU MUSTAFA KAMAL BIN HAMZAH 

VCD Terbaru Minggu Ini







Tuesday, February 2, 2010


  
KENALI MASJID SULTAN ISMAIL 

Pembinaan Masjid Sultan Ismail bermulapada tahun 1986 dan telah siap pada tahun 1990 dengan belanja hampir RM 19 juta. Masjid ini telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, Sultan Johor, pada 23 Ogos 1991. Masjid Sultan Ismail terletak di Dataran Tinggi di tengah-tengah kampus. Kedudukan ini juga selaras dengan konsep pembelajaran Islam yang menjadikan masjid sebagai sumber memperoleh dan menyebarkan ilmu.Masjid Sultan Ismail boleh menampung jemaah lebih daripada 10,000 orang dalam satu-satu masa, termasuk 800 jemaah wanita di dewan solat wanita aras 3. Keluasan lantai keseluruhan Masjid Sultan Ismail adalah lebih kurang 100,000 kaki persegi. Keluasan lantai dewan solat utama adalah lebih kurang 100,000 kaki persegi. Keluasan lantai dewan solat utama adalah 41,000 kaki persegi.

KONSEP REKA BENTUK MASJID
Kemasan kubah adalah daripada kepingan tembaga berwarna hijau 'turqoise'. Pintu masuk di susuk Masjid berbentuk pintu masjid-masjid di Iran dan Iraq. Mimbar Masjid berbentuk mimbar masjid Nabawi dan Masjid Turki dan diperbuat daripada kayu merbau dengan berukiran lada hitam.
Bahagian serambi tepi masjid direkabentuk menyamai ciri tempat sa'ie dari Safa ke Marwah di Mekah. Pada sebelah lantai terazzo Masjid, diukir ukiran yang terdapat di masjid-masjid lama di Timur Tengah. Ukiran pada dinding bahagian dalam masjid bermotifkan geometri Islam. Kemasan dinding luar keseluruhannya adalah daripada 'shanhai plaster'. Ciri-ciri rekabentuk seni Melayu dapat dilihat pada railing Masjid dan tempat wudhuk. Railing Masjid diukir berbentuk railing yang biasa terdapat di rumah-rumah Melayu. Tempat wudhuk direka bentuk bercirikan perigi. Bagi menentukan pembinaan Masjid ini benar-benar menepati hukum dan lunas-lunas Islam, Universiti telah mendaptkan khidmat nasihat daripada Dato' Hassan Din Al-Hafiz, Pegawai Agama, Istana Negara pada ketika itu.

Masjid Sultan Ismail direkabentuk setinggi tiga tingkat dengan satu 'basement bawah tanah, dan dengan tiga pasang menara berlainan ketinggian untuk mencerminkan tiga aras ketinggian. Reka bentuknya menggabungkan ciri-ciri rekabentuk seni bina Islam dengan reka bentuk kubah Masjid al-Aqsa di Baitul Muqaddis.

TAQWA, CINTA DAN ZUHUDNYA PARA SAHABAT

Tuan Rumah yang Menyambut Kedatangan Rasulullah di Madinah

Sesungguhnya, betapa mulia catatan sejarah hidupnya. Terpancarlah keutamaan di atas rumah Khalid Ibn Said yang dijuluki sebagai Abu Ayyub itu. Unta Nabi SAW duduk berhenti di hadapan rumahnya. Hal ini membuat semua orang mengarahkan pandangan mata kepadanya. Bukan saja orang Ansar, tetapi seluruh penduduk Madinah. Kehormatan semacam itu amat diharapkan oleh setiap orang Ansar yang dilaluinya. Mereka berdiri di depan rumahnya masing-masing selama beberapa saat, menunggu lalunya Rasulullah SAW. Mereka semua ingin mengajak baginda agar mahu berkunjung ke rumahnya. Namun setiap kali Nabi SAW lalu di hadapan rumah kaum Ansar, tuan rumahnya berdiri di hadapan unta Nabi sambil memegangi kekangnya seraya berkata kepada Nabi SAW: “Ya Rasulullah, singgahlah sejenak ke rumah kami. Sedemikian jauh Rasulullah menolaknya, baginda berkata sambil memberi isyarat kepada untanya: “Biarkan ia meneruskan perjalanannya. Sebenarnya ia telah diperintahkan demikian.”
Sampai Rasulullah tiba di salah satu rumah bapa saudara baignda (dari pihak ibu), ia menjawab dengan ungkapan seperti di atas saat mereka berusaha menghentikan kekang untanya. Setelah orang-orang melepaskan kendali unta agar boleh melanjutkan perjalanan sendiri, dan Rasulullah SAW juga begitu, unta tadi berjalan sambil melihat ke kanan dan ke kiri. Akhirnya sampailah ia ke rumah Malik Ibn Al-Najjar. Unta tadi berhenti sebentar lalu berdiri dan berjalan lagi beberapa langkah, lantas untuk yang kedua kalinya berhenti di depan rumah Abu Ayyub Al-Ansari, lekuk lehernya menempel di tanah dan mengeluarkan suara tanpa membuka mulutnya. Nampak sikap kaum Ansar iri terhadap Abu Ayyub yang membawa tali kekang unta Rasulullah, masuk ke rumahnya yang tersusun dua tingkat. Abu Ayyub berserta keluarganya pindah ke lantai atas, sedang Rasulullah SAW di lantai bawah. Hal ini dilakukannya kerana khuatir menyusahkan Rasulullah SAW, sebab ia bemaksud menghindarkan beratnya naik-turun tangga. Rasulullah SAW terus tinggal di rumah Abu Ayyub Al-Ansari selama 7 bulan. Selama itu Abu Ayyub membuatkan makanan Nabi dan menghantarkan kepadanya. Ia selalu menunggu selesainya Nabi makan, kemudian ia dan isterinya memakan sisa makanan baginda SAW kerana mengharapkan berkah darinya. Suatu petang Abu Ayyub menghantar makanannya kepada Nabi. Makanan tersebut mengandungi bawang merah dan bawang putih. Ternyata Rasulullah tidak memakannya sedikit pun. Ketika Abu Ayyub melihat makanan tersebut tidak berkurang sedikit pun, ia segera turun menjumpai Rasulullah SAW seraya berkata: “Ya Rasulullah, demi ayah dan
ibumu, aku tidak melihat bekas tanganmu dari makanan malam yang aku sediakan kepadamu. Padahal jika engkau makan makanan itu, kami selalu makan makanan sisamu demi mengharapkan berkah darimu.” Jawab Nabi: “Aku jumpai dalam makanan itu sejenis tumbuh-tumbuhan (bawang merah dan bawang putih), padahal Jibril memberitahukan hal itu agar aku hindari. Adapun bagimu, maka boleh engkau memakannya.” Selanjutnya Abu Ayyub berkata: “Makanan itu lalu kami makan, kemudian kami tidak pernah membuatkan makanan kepada Nabi yang mengandung bawang merah dan bawang putih.” Setelah agak lama Rasulullah SAW menggunakan waktunya untuk tinggal di rumah Abu Ayyub Al-Ansari, ia memutuskan untuk membangun masjid dan membangun beberapa rumah bagi para umahat al-muslimin di sekitarnya. Seluruh kaum muslimin ikut membantu bekerja membangun masjid tersebut. Setelah selesai, Rasulullah SAW pindah ke tempatnya yang baru di sekitar masjid. Berbagai peristiwa berlalu begitu cepat, sedang kaum Quraisy berupaya terlibat dalam peperangan dengan kaum muslimin. Sekarang kaum muslimin makin siap berjuang menghadapi kaum musyrik dan kafir, sehingga kalimat Allah mencapai kedudukan yang tinggi dan kalimat orang-orang kafir menjadi rendah. Peperangan terjadi silih berganti. Abu Ayyub ikut serta dalam pertempuran tersebut, tidak ketinggalan satu peperangan pun. Ia tidak pernah tinggal diam dalam berjuang fi sabilillah. Bahkan ia berjuang bersama Rasulullah SAW sebagaimana jihadnya orang yang mencari mati syahid. Ia tidak takut mati. Jihadnya penuh semangat untuk berjumpa
kepada Allah. Di samping Abu Ayyub merupakan pahlawan perang di masa Rasulullah SAW, ia juga seorang pejuang di masa Khulafaur Rasyidin. Ia ikut dalam perang melawan orang-orang murtad, membunuh para musuh Allah dan musuh agama Islam. Ia hidup membela kehormatan Islam. Dalam tiap peristiwa pertempuran ia selalu maju ke barisan depan. Ketika muncul fitnah antara Saidina Ali ra. dan Muawiyah Ibn Abi Sufyan, Abu Ayyub tanpa ragu-ragu bergabung dalam barisan Ali. Sebab ia tahu bahawa Ali ada di pihak yang benar. Dengan perbuatannya itu, Abu Ayyub berjuang di pihak Ali karramallahu wajhahu, sampai Ali ra. mati syahid.
Abu Ayyub tetap ikut berjuang, tidak ketinggalan ikut bertempur bersama kaum muslimin lainnya sampai terjadi perang Konstantinopel. Ia menerjang barisan musuh hingga badannya penuh luka pedang dan merasakan bahawa ajalnya telah dekat. Ia berkata kepada orang-orang di sekitarnya: “Aku ingin jasadku dikubur di tengah medan pertempuran atau yang dekat dengannya, sehingga rohku bergerak di atas medan tempur, dan di akhirat nanti aku mendengar derap kaki kuda dan gemerincingnya pedang.”
Ia menginginkan kehidupan akhiratnya dalam keadaan berjihad sebagaimana semasa hidupnya di dunia. Pada saat keadaannya sudah kritikal. ia merasa sakit akibat luka. Ia masih bersemangat untuk mengibarkan bendera Islam dan mengharap agar memperoleh kemenangan. Setelah ia meninggal dunia, kaum muslimin melaksanakan kehendaknya. Mereka menguburnya di dekat medan pertempuran agar jiwanya sentiasa dapat menghirup bau jihad dan bersenang-senang di alam akhirat kerana memperoleh pertolongan Allah.

Sumber : http://web.utm.my/msi