Banner Palestine Pictures, Images and Photos

Tuesday, February 28, 2012

 

Pengasas
 Tarekat Naqsyabandiyyah ialah sebuah tarekat yang dinisbahkan kepada Syeikh Baha’ al-Din, Muhammad Ibn Muhammad Ibn Muhammad al-Syarif al-Hasani al-Husayni al-Uwaysi al-Bukhari (717-791H/1317-1388M). Beliau lebih dikenali dengan gelaran Shah Naqsyaband. Naqsyaband terdiri daripada dua perkataan iaitu ‘naqsy’ dan ‘band’ yang membawa maksud ukiran yang kekal. Gelaran ini diberikan kepada Syeikh Muhammad Baha’ al-Din kerana dikatakan bahawa beliau melakukan zikir Ism al-Zhat (Allah) di dalam hati sehingga zikir tersebut seolah-olahnya terukir di cermin hati. Ini memberikan gambaran bahawa tumpuan utama tarekat ini ialah pada melakukan zikir secara khafi (sirr). Inilah yang menjadi keistimewaan tarekat ini dan membezakannya dari kebanyakkan tarekat lain.
 Menurut ahli tarekat ini, sejak dahulu sampai sekarang, tarekat ini dikenali dengan beberapa panggilan iaitu Siddiqiyyah, Tayfuriyyah, Khujakaniyyah, Naqsyabandiyyah, Ahrariyyah, Mujaddidiyyah, Mazhariyyah, dan Khalidiyyah. Nama-nama ini diambil sempena nama tokoh-tokoh penting tarekat ini pada period-period tertentu.

 Kemasukan Tarekat Naqsyabandiyyah
Ke Negeri Sembilan Darul Khusus
 Haji Ahmad bin Muhammad al-Baqir merupakan seorang tokoh yang membawa masuk Tarekat Naqsyabandiyyah Khalidiyyah ke Negeri Sembilan. Beliau menetap di Batu 7, Pantai, Jalari, Jelebu, Negeri Sembilan. Di kampung tersebut telah didirikan sebuah surau suluk yang menjadi pusat kegiatan pengamalan Tarekat Naqsyabandiyyah Khalidiyyah dan beliau menjadi pemimpin pertama perjalanan suluk di situ. Haji Ahmad telah mengambil Tarekat Naqsyabandiyyah Khalidiyyah dari Syeikh Ali al-Rida iaitu syeikh tarekat tersebut di Jabal Abi Qubays, Makah. Syeikh Ali al-Rida pula telah mengambil Tarekat Naqsyabandiyyah Khalidiyyah dari ayahnya, Syeikh Sulayman al-Zuhdi. Syeikh Sulayman al-Zuhdi telah mengambilnya dari Syeikh Sulayman al-Qamiri. Syeikh Sulayman al-Qamiri ialah murid serta khalifah kepada Syeikh Abd Allah al-Arzinjani. Syeikh Abd Allah al-Arzinjani pula mengambilnya dari Syeikh Khalid al-Uthmani al-Kurdi.

 Haji Ahmad meninggal dunia pada tahun 1942. Tarekat Naqsyabandiyyah Khalidiyyah yang dibawa oleh beliau itu kemudiannya telah diwarisi dan dikembangkan oleh khalifah-khalifah beliau. Antara yang terkenal ialah Haji Maruf bin Yaqub (1901-1994). Haji Maruf telah mengambil Tarekat Naqsyabandiyyah Khalidiyyah dari Haji Ahmad pada tahun 1920. Beliau telah diizinkan memimpin tawajjuh dan suluk oleh gurunya pada tahun 1942. Beliau telah mendirikan sebuah surau suluk di Kampung Baru, Pekan Lenggeng, Negeri Sembilan pada tahun 1965 dan menjadikannya sebagai pusat kegiatan pengamalan Tarekat Naqsyabandiyyah Khalidiyyah. Di bawah pimpinan beliau, Tarekat Naqsyabandiyyah Khalidiyyah talah berkembang pesat ke serata tempat di Semenanjung Malaysia khususnya di Negeri Sembilan, Terengganu, Selangor, Kuala Lumpur, Melaka, Johor, Perak dan juga Singapura. Setelah kematian Haji Maruf, tarekat tersebut telah dikembangkan pula oleh beberapa orang khalifah baliau antaranya Haji Sulaiman bin Haji Muhammad Nur yang menggantikan beliau sebagai mursyid di surau suluk Kampung Baru, Pekan Lenggeng, Negeri Sembilan.

 Amalan Tarekat Naqsyabandiyyah
 Tarekat merupakan wasilah bagi tazkiyah al-Nafs. Bagi mencapai tujuan tersebut, Tarekat Naqsyabandiyyah menekankan tiga cara utama iaitu:
1.     Zikir
 Tarekat Naqsyabandiyyah memberikan penekanan khusus kepada amalan zikir. Prinsip-prinsip zikir dan perkara yang berkaitan dengannya dalam tarekat ini dapat ditemui dalam sebelas perkataan Parsi iaitu Hush Dar Dam, Nazar Bar Qadam, Safar Dar Watan, Khalwat Dar Anjaman, Yad Kard, Baz Kasht, Nakah Dasht, Yad Dasht. Ianya dinisbahkan kepada pengajarnya Syeikh Abd al-Khaliq al-Ghujdawani. Manakala 3 lagi iaitu wuquf adadi, wuquf zamani dan wuquf qalbi adalah dinisbahkan kepada pengajaran Syeikh Muhammad Baha’ al-Din. Kebanyakan zikir dilakukan secara khafi (sirr).
Dalam Tarekat Naqsyabandiyyah terdapat dua jenis utama iaitu zikir individu yang terdiri dari zikir Lata’if dan Nafy Ithbat dan zikir berjamaah iaitu zikir Khatam Khujakan yang terdiri daripada bacaan al-Fatihah, selawat, surah Insyirah, surah al-Ikhlas, dan kemudian selawat dengan susunan dan jumlah tertentu.
 
2.     Muraqabah
 Muraqabah bermaksud tilikan atau tumpuan hati secara berterusan terhadap Allah serta menunggu limpahan kurnia dariNya. Ianya dilakukan sehingga menjadi satu sifat yang sebati dengan dirinya. Ahli Tarekat Naqsyabandiyyah menjelaskan bahawa muraqabah merupakan satu cara tersendiri dalam mencapai hakikat insan, namun ia tidak dapat dilaksanakan sebaik-baiknya kecuali setelah zikir menjadi mantap. Berterusan melakukan muraqabah membawa kepada tercapainya musyahadah. Dalam Tarekat Naqsyabandiyyah terdapat beberapa jenis muraqabah yang diamalkan dan menjadi asas bagi muraqabah-muraqabah itu iaitu Muraqabah Ahadiyyah, Muraqabah Ma‘iyyah dan Muraqabah Mutlaq.


3.     Suhbah dan Rabitah
  Suhbah bermaksud berdampingan murid dengan Syeikh dengan menjaga dab-adab perdampingan, rabitah pula ialah ikatan atau tautan hati dengan Syeikh berasaskan rasa kasih, hormat, dan mulia.
والله أعلم
Dipetik daripada buku ‘Munaqashah Sufi Peringkat Kebangsaan 2004’, terbitan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, kertas bertajuk Tarekat Naqsyabandiyyah: Perkembangan dan Sumbangan Ikhwannya di Malaysia oleh Dr Abdul Manam bin Mohamad, Pensyarah UniSZA.

KELAYAKAN SEORANG SYEIKH


قَالَ ابْنُ عَرَبِيّ: « لاَ بُدَّ أَنْ يَكُوْنَ عِنْدَ الشَّيْخِ دِيْنَ الأَنْبِيَاءِ وَتَدْبِيْرَ الأَطِبَّاءِ وَسِيَاسَةَ الْمُلُوْكِ , وَحِيْنَئِذٍ يُقَالُ لَهُ : أستاذ ».  

Yang bermaksud, Ibn ‘Arabiy berkata: Tidak boleh tidak mestilah wujud pada syeikh (guru) itu penghayatan agama para Anbia’, kemahiran sebagai seorang tabib (doktor) dan kepakaran politik seorang penguasa. Pada masa itu layaklah dia dipanggil sebagai seorang guru.

Dipetik daripada buku 'Prinsip-Prinsip Tasawwuf'

BSY - Antara khasiat yang terkandung di BSY Ekstrak Noni
 
Meningkatkan daya tahan tubuh, Menormalkan tekanan darah, Melawan tumor dan kanser, Menghilangkan rasa sakit, Anti keradangan dan anti alergi, Anti bakteria, Mengawal tekanan (stress) dan Mengawal perubahan energi tubuh.

BSY Noni Ekstrak ini secara umumnya dapat membantu penyakit di antaranya seperti:

Tekanan darah tinggi, Barah, Penyakit jantung, Kencing Manis, Masalah seksual, Lemah badan, Berat badan berlebihan, Masalah penghadaman, Masalah buah pinggang, Gout, Ketagihan merokok, Luka kecil/besar dan pelbagai lagi.

Pati Mengkudu atau Ekstrak Noni (Nama saintifik : Morinda citrifolia) memang semenjak dahulu lagi telah digunakan sebagai penyembuh secara tradisional. Ia dikenali sebagai makanan ajaib yang berupaya menyembuhkan luka dalaman. Ciri-ciri anti-radikal bebas yang terdapat didalam Noni, berupaya melindungi dari kerosakan jantung dan memperbaiki sistem penghadaman. Bahan-bahan aktif dalam Noni juga mampu membantu merencatkan sel-sel kanser, mengawal kandungan gula dalam darah, mengawal tekanan darah tinggi dan meningkatkan kekuatan badan menentang penyakit melalui pengukuhan sistem imunisasi badan seterusnya membaiki sel-sel yang rosak kembali sihat dan berfungsi seperti sediakala.

Kenapa Anda Perlu Menggunakan Produk BSY Ini ?

Sekiranya anda dapati ada produk lain dipasaran yang menyerupai produk BSY, pastikan ianya mempuanyai kelulusan KKM dan bernombor pendaftran yang sah.Produk in adalah keluaran asli BSY dengan kelulusan Kementrian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan nombor pendaftraan MAL09122045TC.

Kenapa ia lebih baik dari Noni Juice lain di pasaran ?

Ada perbezaan minum dan titisan dibawah lidah. Apabila kita minum, ia akan terus kedalam perut dan memerlukan masa untuk proses penyerapan ke saluran darah. Berbeza dengan titisan dibawah lidah, ianya terus menyerap kesaluran darah melalui saluran darah digusi gigi.



 Cara Menggunakan Noni Enzyme 

2 kali sehari semasa bangun pagi dan semasa hendak tidur .

  • Terus minum segelas air suam @ air bertapis (Air liur semasa bangun pagi adalah enzime yang paling baik jika di gunakan dengan Noni adalah lebih berkesan).(Jangan gosok gigi dahulu, ubat gigi mengandungi bahan yang boleh merosakkan enzime Noni, Gosok gigi salepas menggunakan Noni).
  • Ambil Noni 3 titik atau lebih titik dibawah lidah
  • Kemam atau kebam selama 1-2 minit biarkan Noni meresap melalui saluran darah dibawah lidah terus kedalam darah.
  • Telan sikit-sikit Noni sehingga habis dari dalam mulut
  • Minum segelas air lagi
  • Ulangi perkara yang sama semasa hendak tidur.
Perhatian:
Salepas menggunakan Noni jarakkan masa 2 jam barulah boleh makan/minum kopi, nescape, teh dan hisab rokok atau sebarang ubat klinik/hospital.
(Jika anda sedang menggunakan
ubat klinik/hospital teruskan seperti biasa)

UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI :

MOHD HAFIZ 
+6017 244 1151
 

Tuesday, May 3, 2011

JANGAN TERLALU BANYAK MEMUJI GURU

كثرة مدح المريد لشيخه تضر الشيخ والمريد. فالشيخ ليس إلا واسطة مادم يوفق الشريعة، فإذا خالف الشريعة تسقط حرمته. ماذا يفيدنا إن قلنا: شيخي غوث، شيخي قطب ....؟ ولكن الذي يفيدنا أن نقول: شيخي متمسّك بالشريعة متبع لرسول الله صلى الله عليه وسلم.

Yang bermaksud, Terlalu banyak pujian murid kepada gurunya sebenarnya boleh memudharatkan (mendatangkan keburukan kepada) guru dan murid. Guru hanya penyampai selagi mana dia mengikut Syariat, sekiranya dia (guru) melakukan perkara yang bertentangan dengan Syarak maka gugurlah kemuliaannya (tidak layak menjadi guru). Apakah kesan dan faedahnya jika kita kata: Guruku Wali Ghuas atau guruku Wali Qutub…? Tetapi alangkah eloknya kalau kita katakan: Guruku berpegang dengan Syariat, mengikut (Sunnah) Rasulullah SAW.

Dipetik daripada Kitab Sawanih Qalbiyyah, Ahmad Fathullah Jamiy, Dar al-Ghazali, cetakan kedua, 2002
TIDUR ITU MELALAIKAN

النوم غفلة، ولكن نأخذ منه بقدر الحاجة

Yang bermaksud, Tidur itu melalaikan, maka ambillah ia mengikut kadar yang diperlukan sahaja.

 Dipetik daripada Kitab Sawanih Qalbiyyah, Ahmad Fathulluh Jamiy, Dar al-Ghazali, cetakan kedua, 2002
ORANG YANG TIDAK PERNAH MERASAI TIDAK AKAN MEMAHAMI

الذي لم يذق لم يدر، فكيف يعطي القدر والقيمة للصادقين؟
 Yang bermaksud, Orang yang tidak pernah merasai tidak akan mengetahui (memahami). Maka bagaimana mereka boleh meletakkan ketentuan dan penilaian terhadap (perkara yang dilalui)  para Siddiqin?
 Dipetik daripada Kitab Sawanih Qalbiyyah, Ahmad Fathulluh Jamiy, Dar al-Ghazali, cetakan kedua, 2002
REZEKI KITA

قال الحسن البصري: علمت أن رزقي لن يأخذه غيري فاطمئن قلبي

Yang bermaksud: al-Hasan al-Basri berkata: Aku tahu (yakin) bahawa rezekiku (yang dikurniakan oleh Alah) tiada seorang pun boleh mengambilnya daripadaku maka dengan itu hatiku menjadi tenang.
SIMPOSIUM TAREQAT TASAWUF 


Tarekat al-Ahmadiah al-Idrisiah al-Rashidiah al-Dandarawiah, sebuah tarekat yang berdaftar di Jabatan Mufti Negeri Sembilan di bawah Enakmen Tarekat Tasawuf (Negeri Sembilan) 2005, akan mengadakan “SIMPOSIUM TAREQAT TASAWUF” di Madrasah al-Saidiyyah, Surau Kampung Pondok Rasah, Seremban. Simposium ini akan diadakan pada 14 Mei 2011 bermula waktu Maghrib.

Dengan tema “MEMAHAMI TAREQAT TASAWUF, MEMPERKASAKAN PARA IKHWAN, MEMPERTEGUH INSTITUSI TAREQAT” dua orang tokoh ilmuan agama akan diundang untuk membentangkan kertas kerja. Tokoh pertama ialah Y.Bhg Dr. Jahid bin Sidek yang akan membentangkan kertas bertajuk “Prinsip-Prinsip Dalam Tareqat” dan tokoh kedua ialah Y.Bhg Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri yang akan membentangkan kertas yang bertajuk “Tareqat Mengikut Sunnah Rasulullah SAW”.

Sehubungan dengan itu, para muslimin dan muslimat yang berminat adalah dijemput hadir beramai-ramai bagi mengimarahkan lagi majlis tersebut. Untuk maklumat lanjut, bolehlah menghubungi Ustz. Nur Azizah binti Abdul Aziz tel: 019-2416655 atau Ust. Mohd Hasif bin Dato’ Hj Mohd Murtadza tel: 019-2416644.



 
SUMBER :  http://www.muftins.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=357:pengumumansimposium-taqekat-tasawuf&catid=38:pengumuman